Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan (Pindaan) 2011 · As enacted · Division 2 · Penggal 2
139O. Penzahiran yang dibenarkan
Feedback & supportSeseorang yang disebut dalam subseksyen 139N(1)
tidak boleh menolak untuk menzahirkan apa-apa maklumat atau dokumen—
yang pencarum itu, atau wakil peribadinya, telah memberikan kebenaran bertulis untuk dizahirkan;
dalam hal jika pencarum diisytiharkan bankrap di dalam atau di luar Malaysia;
bagi maksud memulakan, atau dalam perjalanan, mana-mana prosiding sivil—
berhubung dengan akaun pencarum dalam skim persaraan swasta; dan
jika pentadbir skim persaraan swasta, penyedia skim persaraan swasta, pencarum atau majikan yang mencarum bagi pihak pencarum, ialah suatu pihak kepada prosiding sivil itu, dengan syarat jika pencarum bukan suatu pihak kepada prosiding sivil itu, kebenaran bertulisnya telah diperoleh terlebih dahulu;
kepada mana-mana orang yang diberi kuasa dengan sewajarnya untuk menyiasat mana-mana kesalahan di bawah mana-mana undang-undang bertulis,
Pasaran Modal dan Perkhidmatan (Pindaan)
61
penzahiran itu merupakan, dalam mana-mana hal, terhad kepada hal ehwal atau akaun pencarum yang disyaki dengan kesalahan itu;
bagi maksud membolehkan atau membantu Suruhanjaya dalam melaksanakan fungsinya di bawah undang-undang sekuriti;
bagi maksud membolehkan atau membantu juruaudit pentadbir skim persaraan swasta untuk melaksanakan fungsinya; atau
dalam suatu rumusan atau kumpulan maklumat, yang dirangkakan sedemikian untuk tidak membolehkan identiti mana-mana pencarum, yang kepadanya maklumat itu berkaitan, untuk ditentukan.
Subpenggal 2 – Penyedia skim persaraan swasta
Kehendak bagi kelulusan untuk menubuhkan, menawarkan atau menyediakan skim persaraan swasta