In forceAs enactedCurrent version · As enacted
Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan (Pindaan) 2011 · As enacted · Division 2 · Penggal 2
139T. Kesan penarikan balik
Feedback & supportMana-mana penarikan balik yang dikeluarkan di bawah seksyen 139S tidak boleh beroperasi untuk—
(a)
mengelak atau menyentuh mana-mana perjanjian, transaksi atau perkiraan berhubung dengan skim persaraan swasta yang dibuat oleh penyedia skim persaraan swasta jika—
(i)
perjanjian, transaksi atau perkiraan itu dibuat sebelum penarikan balik kelulusan itu; atau
(ii)
perjanjian, transaksi atau perkiraan itu dibuat selepas penarikan balik kelulusan itu di bawah hal keadaan yang diperuntukkan di bawah subseksyen 139S(4); atau
(b)
menyentuh mana-mana hak, obligasi atau tanggungan yang berbangkit di bawah perjanjian, transaksi atau perkiraan itu yang disebut di bawah perenggan (a).