Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan (Pindaan) 2011 · As enacted · Division 2 · Penggal 2
Section 139L
Feedback & supportJika Suruhanjaya mempercayai secara munasabah bahawa kepentingan anggota mungkin terjejas atau terjejas,
Suruhanjaya boleh, dengan mengeluarkan suatu arahan bertulis, mengambil mana-mana satu atau lebih tindakan yang berikut:
menghendaki pentadbir skim persaraan swasta untuk mengambil apa-apa tindakan untuk melakukan atau tidak melakukan mana-mana perbuatan atau benda, berhubung dengan urusan dan hal ehwalnya, atau pengarah atau pegawainya, sebagaimana yang difikirkan perlu oleh Suruhanjaya;
walau apa pun mana-mana undang-undang bertulis atau apa-apa had yang terkandung dalam kaedah-kaedah pentadbir skim persaraan swasta—
memecat mana-mana pengarah atau ketua eksekutif pentadbir skim persaraan swasta itu daripada jawatan;
Undang-Undang Malaysia 58
melantik mana-mana orang bagi jawatan pengarah atau ketua eksekutif pentadbir skim persaraan swasta itu dan memperuntukkan dalam arahan itu bagi orang yang dilantik supaya dibayar oleh pentadbir skim persaraan swasta itu;
melantik seseorang untuk memberi nasihat kepada pentadbir skim persaraan swasta itu berhubung dengan perjalanan wajar urusan dan hal ehwalnya dan memperuntukkan dalam arahan itu bagi orang yang dilantik supaya dibayar oleh pentadbir skim persaraan swasta itu; atau
menghendaki pentadbir skim persaraan swasta itu untuk mengemukakan apa-apa maklumat atau rekod kepada Suruhanjaya sebagaimana yang difikirkan perlu oleh
Suruhanjaya.
Jika Suruhanjaya menarik balik suatu kelulusan di bawah seksyen 139F, Suruhanjaya boleh, dengan mengeluarkan suatu arahan bertulis, mengambil mana-mana satu atau lebih tindakan yang berikut:
walau apa pun yang terkandung dalam mana-mana undang-undang bertulis, Suruhanjaya atau mana-mana orang yang dilantik oleh Suruhanjaya untuk bertindak bagi pihaknya, mengambil kawalan keseluruhan atau sebahagian mana-mana aset terkawal, urusan dan hal ehwal pentadbir skim persaraan swasta dan menjalankan keseluruhan atau sebahagian urusan dan hal ehwal pentadbir skim persaraan swasta itu;
atau
tertakluk kepada subseksyen (4) dan (5), mengarahkan pentadbir skim persaraan swasta untuk memindahkan mana-mana aset terkawal kepada mana-mana orang lain sebagaimana yang boleh ditentukan oleh
Suruhanjaya.
Bagi maksud seksyen ini, “aset terkawal” ertinya—
segala maklumat atau rekod yang diperoleh, disimpan atau diproses; dan
Pasaran Modal dan Perkhidmatan (Pindaan)
sistem yang dibangunkan, dikendalikan atau disenggarakan, oleh pentadbir skim persaraan swasta dalam menjalankan kewajipan dan tanggungjawabnya.
Segala maklumat atau rekod yang diperoleh, disimpan atau diproses oleh pentadbir skim persaraan swasta adalah kepunyaan Suruhanjaya pada setiap masa.
Jika aset terkawal itu dipindahkan kepada orang di bawah perenggan (2)(b), pentadbir skim persaraan swasta berhak kepada apa-apa pampasan sebagaimana yang boleh ditentukan oleh Suruhanjaya bagi sistem yang dibangunkan, dikendalikan atau disenggarakan oleh pentadbir skim persaraan swasta itu.
Subseksyen (5) tidak terpakai jika penarikan balik kelulusan itu adalah bagi alasan yang dinyatakan di bawah subperenggan 139D(h)(i), (ii), (iii), (iv), (v) atau perenggan 139F(1)(e).