Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan (Pindaan) 2011 · As enacted · Division 2 · Penggal 2
139X. Penarikan balik kelulusan
Feedback & supportSuruhanjaya boleh menarik balik suatu kelulusan yang diberikan kepada skim persaraan swasta yang diluluskan jika Suruhanjaya berpuas hati bahawa—
wujud alasan yang berdasarkannya Suruhanjaya boleh menolak suatu permohonan di bawah seksyen 139W;
skim persaraan swasta yang diluluskan itu tidak dilancarkan dalam masa enam bulan dari tarikh kelulusan itu;
penyedia skim persaraan swasta yang diluluskan itu tidak mematuhi mana-mana terma dan syarat yang dikenakan berhubung dengan skim persaraan swasta itu atau mana-mana arahan yang dikeluarkan oleh
Suruhanjaya di bawah Akta ini; atau
ia perlu demi melindungi kepentingan awam atau anggota.
Tertakluk kepada subseksyen (3), Suruhanjaya boleh, apabila permintaan bertulis dibuat kepada Suruhanjaya oleh penyedia skim persaraan swasta, menarik balik suatu kelulusan yang diberikan kepada skim persaraan swasta yang diluluskan.
Pasaran Modal dan Perkhidmatan (Pindaan)
Jika suatu permintaan bertulis dibuat kepada Suruhanjaya di bawah subseksyen (2), Suruhanjaya boleh menolak untuk menarik balik kelulusan jika Suruhanjaya menganggap bahawa—
demi kepentingan awam atau anggotanya, mana-mana perkara berkenaan dengan skim persaraan swasta yang diluluskan sepatutnya disiasat sebelum kelulusan itu ditarik balik di bawah subseksyen (2); atau
penarikan balik kelulusan itu bertentangan dengan kepentingan awam atau anggotanya.
Suruhanjaya tidak boleh mengambil mana-mana tindakan di bawah subseksyen (1) tanpa memberi penyedia skim persaraan swasta yang diluluskan itu suatu peluang untuk didengar.