Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan (Pindaan) 2011 · As enacted · Division 2 · Penggal 2
139F. Penarikan balik kelulusan
Feedback & supportSuruhanjaya boleh menarik balik suatu kelulusan yang diberikan kepada pentadbir skim persaraan swasta jika
Suruhanjaya berpuas hati bahawa—
wujud suatu alasan yang berdasarkannya Suruhanjaya boleh menolak sesuatu permohonan di bawah seksyen 139D;
pentadbir skim persaraan swasta itu tidak memulakan operasi dalam masa enam bulan dari tarikh kelulusan melainkan jika ditentukan sebaliknya oleh Suruhanjaya;
pentadbir skim persaraan swasta itu tidak dapat melaksanakan mana-mana kewajipan atau tanggungjawabnya di bawah seksyen 139H;
pentadbir skim persaraan swasta itu telah melanggar mana-mana terma dan syarat yang dikenakan oleh
Suruhanjaya;
pentadbir skim persaraan swasta itu tidak mematuhi apa-apa arahan yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya di bawah Akta ini; atau
pentadbir skim persaraan swasta itu tidak memberikan bantuan kepada Suruhanjaya atau kepada seseorang yang bertindak bagi pihak atau dengan kuasa
Suruhanjaya sebagaimana yang dikehendaki di bawah subseksyen 139ZL(2).
Tertakluk kepada subseksyen (3), Suruhanjaya boleh menarik balik kelulusan apabila ada permintaan secara bertulis dibuat kepada Suruhanjaya oleh pentadbir skim persaraan swasta untuk berhenti beroperasi sebagai pentadbir skim persaraan swasta.
Undang-Undang Malaysia 54
Jika pentadbir skim persaraan swasta membuat suatu permintaan bagi menghentikan operasinya di bawah subseksyen
, Suruhanjaya boleh menolak untuk menarik balik kelulusan itu jika Suruhanjaya menganggap bahawa—
demi kepentingan awam atau anggotanya bahawa mana-mana perkara berkenaan dengan pentadbir skim persaraan swasta sepatutnya disiasat sebelum kelulusan itu ditarik balik di bawah subseksyen (2);
atau
penarikan balik kelulusan itu bertentangan dengan kepentingan awam atau anggotanya.
Walau apa pun penarikan balik sesuatu kelulusan,
Suruhanjaya boleh menghendaki pentadbir skim persaraan swasta itu untuk terus menjalankan aktiviti yang terjejas oleh penarikan balik itu sebagaimana yang ditentukan oleh
Suruhanjaya, pada atau selepas tarikh penarikan balik itu berkuat kuasa, bagi maksud—
menutup operasi pentadbir skim persaraan swasta itu atau memberhentikan penyediaan perkhidmatan;
atau
melindungi kepentingan awam atau anggotanya.
Jika Suruhanjaya menghendaki pentadbir skim persaraan swasta untuk meneruskan aktivitinya di bawah subseksyen
, pentadbir skim persaraan swasta itu hendaklah tidak, atas alasan ia menjalankan aktiviti itu, dikira sebagai melanggar seksyen 139B.
Suruhanjaya tidak boleh mengambil apa-apa tindakan di bawah subseksyen (1) tanpa memberi pentadbir skim persaraan swasta itu suatu peluang untuk didengar.