Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan (Pindaan) 2011 · As enacted · Division 2 · Penggal 2
Section 139P
Feedback & supportSeseorang tidak boleh menubuhkan, menawarkan atau menyediakan skim persaraan swasta atau mengemukakan dirinya sebagai menubuhkan, menawarkan atau menyediakan skim persaraan swasta melainkan jika Suruhanjaya meluluskan—
orang itu sebagai penyedia skim persaraan swasta di bawah seksyen 139Q;
skim persaraan swasta itu di bawah seksyen 139V;
dan
pemegang amanah skim itu di bawah seksyen 139ZC.
Seseorang tidak boleh mengambil atau menggunakan atau menerima pakai nama atau gelaran “skim persaraan swasta” atau “skim persaraan” berhubung dengan urusannya atau membuat apa-apa representasi bagi tujuan itu mengikut apa-apa cara melainkan jika—
ia adalah skim yang diluluskan di bawah seksyen 139V;
Undang-Undang Malaysia 62
ia adalah suatu kumpulan wang pencen yang diluluskan di bawah seksyen 150 Akta Cukai Pendapatan 1967;
ia adalah suatu skim persaraan atau kumpulan wang persaraan yang ditubuhkan atau disediakan oleh
Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Negeri atau mana-mana badan berkanun yang ditubuhkan oleh suatu
Akta Parlimen atau suatu undang-undang Negeri;
atau
ia adalah skim yang ditetapkan oleh Menteri sebagai bukan suatu skim persaraan swasta bagi maksud
Bahagian ini.
Seseorang tidak boleh mengambil atau menggunakan atau secara inferens menerima pakai nama atau gelaran “pelan persaraan” atau “produk persaraan” atau membuat apa-apa representasi bagi tujuan itu mengikut apa-apa cara tanpa kebenaran Suruhanjaya.
Subseksyen (3) tidak terpakai kepada mana-mana orang yang semata-mata di bawah penyeliaan atau pengawasan
Bank Negara.
Seseorang yang melanggar seksyen ini melakukan suatu kesalahan dan hendaklah, apabila disabitkan, dihukum dengan pemenjaraan selama tempoh tidak melebihi sepuluh tahun dan boleh juga didenda tidak melebihi sepuluh juta ringgit.