Skip to content
In forceAs enacted

Division 2 · Penggal 2

139V. Permohonan untuk kelulusan skim persaraan swasta

Feedback & support
(1)

Sesuatu permohonan untuk kelulusan skim persaraan swasta hendaklah dibuat kepada Suruhanjaya mengikut apa-apa bentuk dan cara sebagaimana yang boleh ditentukan oleh

Suruhanjaya dan hendaklah disertakan dengan fi permohonan yang ditetapkan.

(2)

Suruhanjaya boleh menghendaki seseorang pemohon untuk memberikan apa-apa maklumat atau dokumen kepada

Suruhanjaya dengan sebagaimana yang difikirkan perlu oleh

Suruhanjaya bagi maksud permohonan itu.

(3)

Apabila memberikan suatu kelulusan di bawah seksyen ini, Suruhanjaya boleh, jika didapati sesuai—

(a)

meluluskan skim persaraan swasta itu tertakluk kepada apa-apa terma dan syarat sebagaimana yang difikirkan patut; atau

(b)

meluluskan skim persaraan swasta itu dengan apa-apa perubahan dan tertakluk kepada apa-apa terma dan syarat sebagaimana yang difikirkan patut.

(4)

Suruhanjaya boleh mengubah, menambah kepada atau menggugurkan apa-apa terma dan syarat yang dikenakan di bawah subseksyen (3) pada bila-bila masa sebagaimana yang difikirkan perlu oleh Suruhanjaya.

(5)

Seseorang yang melanggar apa-apa terma atau syarat yang dikenakan di bawah subseksyen (3) atau (4) melakukan suatu kesalahan.

Report

Division 3

Penggal 3

Division 4

Penggal 4

Schedules