Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan (Pindaan) 2011 · As enacted · Division 2 · Penggal 2
139R. Penolakan untuk meluluskan
Feedback & supportJika suatu permohonan dibuat di bawah seksyen 139Q,
Suruhanjaya boleh menolak permohonan itu atas mana-mana alasan yang berikut:
pemohon bukan seorang pemegang Lesen Perkhidmatan
Pasaran Modal yang menjalankan urusan pengurusan kumpulan wang;
permohonan tidak dibuat mengikut seksyen 139Q;
pemohon tidak mematuhi mana-mana kehendak Akta ini atau mana-mana garis panduan yang dibuat di bawah Akta ini;
apa-apa maklumat atau dokumen yang dikemukakan oleh pemohon kepada Suruhanjaya adalah palsu atau mengelirukan atau yang daripadanya terdapat ketinggalan yang material;
pemohon itu sedang digulung atau selainnya dibubarkan;
pelaksanaan terhadap pemohon berkenaan dengan hutang penghakiman telah dikembalikan tanpa dijelaskan keseluruhannya atau sebahagiannya;
seseorang penerima, penerima dan pengurus atau orang yang setaraf dengannya telah dilantik di dalam atau di luar Malaysia, atau berkenaan dengan mana-mana harta pemohon itu;
Undang-Undang Malaysia 64
pemohon itu telah, sama ada di dalam atau di luar
Malaysia, membuat suatu kompromi atau skim perkiraan dengan pemiutangnya, yang merupakan suatu kompromi atau skim perkiraan yang masih berkuat kuasa; atau
Suruhanjaya mempunyai sebab untuk mempercayai bahawa pemohon atau mana-mana pegawai prinsipalnya tidak dapat bertindak demi kepentingan awam atau anggotanya.