Skip to content
In forceAs enacted

Division 2 · Penggal 2

139Z. Pengekalan faedah terakru

Feedback & support

Bagi maksud mengekalkan faedah terakru dalam skim persaraan swasta yang diluluskan, tiada penyedia skim persaraan swasta atau pemegang amanah skim boleh membayar atau selainnya melupuskan mana-mana bahagian faedah terakru kepada mana-mana anggota atau mana-mana orang lain kecuali mengikut cara sebagaimana yang boleh ditentukan oleh Suruhanjaya.

139ZA.

Perlindungan faedah terakru

Tiada bahagian daripada apa-apa faedah terakru dalam skim persaraan swasta yang diluluskan berkenaan dengan anggota boleh diambil untuk pelaksanaan suatu hutang penghakiman atau menjadi hal perkara kepada mana-mana gadaian, sandaran, lien, gadai janji, pemindahan, penyerahhakan atau pemberimilikan oleh atau bagi pihak anggota, dan apa-apa yang berupa pelupusan yang bertentangan dengan seksyen ini adalah terbatal.

139ZB.

Kesan penarikan balik

(1)

Penarikan balik suatu kelulusan kepada skim persaraan swasta di bawah seksyen 139X hendaklah tidak menyentuh apa-apa hak anggota berkenaan dengan faedah terakru yang kepadanya anggota itu berhak seperti yang diperuntukkan di bawah seksyen 139Y.

(2)

Jika Suruhanjaya menarik balik suatu kelulusan di bawah seksyen 139X, Suruhanjaya boleh, dengan mengeluarkan suatu arahan bertulis, mengarahkan penyedia skim persaraan swasta itu atau pemegang amanah skim itu untuk memindahkan faedah terakru itu kepada skim persaraan swasta yang diluluskan yang lain.

Subpenggal 4 – Pemegang amanah skim 139ZC.

Kelulusan pemegang amanah skim

(1)

Seseorang tidak boleh bertindak atau dilantik untuk bertindak sebagai pemegang amanah skim berhubung dengan skim persaraan swasta tanpa kelulusan Suruhanjaya.

Pasaran Modal dan Perkhidmatan (Pindaan)

(2)

Suatu permohonan untuk menjadi pemegang amanah skim hendaklah dibuat kepada Suruhanjaya mengikut apa-apa bentuk dan cara sebagaimana yang boleh ditentukan oleh

Suruhanjaya dan hendaklah disertakan dengan fi permohonan yang ditetapkan.

(3)

Suruhanjaya boleh meluluskan permohonan di bawah seksyen ini, tertakluk kepada apa-apa terma dan syarat sebagaimana yang difikirkan patut oleh Suruhanjaya.

(4)

Suruhanjaya boleh mengubah, menambah kepada atau menggugurkan mana-mana terma dan syarat yang dikenakan di bawah subseksyen (3) pada bila-bila masa sebagaimana yang difikirkan perlu oleh Suruhanjaya.

(5)

Pemegang amanah skim yang melanggar subseksyen (1)

atau mana-mana terma atau syarat yang dikenakan di bawah subseksyen (3) atau (4) melakukan suatu kesalahan.

139ZD.

Penolakan untuk meluluskan

(1)

Jika suatu permohonan dibuat di bawah seksyen 139ZC, Suruhanjaya boleh menolak permohonan itu atas mana-mana alasan yang berikut:

(a)

pemohon itu—

(i)

seorang pemegang saham yang memegang syer secara benefisial dalam penyedia skim persaraan swasta itu;

(ii)

berhak secara benefisial kepada wang yang terhutang oleh penyedia skim persaraan swasta itu kepadanya; atau

(iii)

suatu perbadanan yang berhubungan dengan—

(A)

orang yang disebut dalam subperenggan (i) dan (ii); atau

(B)

penyedia skim persaraan swasta itu;

Undang-Undang Malaysia 72

(b)

permohonan itu tidak dibuat mengikut seksyen 139ZC;

(c)

pemohon tidak mematuhi mana-mana kehendak Akta ini atau mana-mana garis panduan yang dibuat di bawah Akta ini;

(d)

apa-apa maklumat atau dokumen yang diberikan oleh pemohon kepada Suruhanjaya adalah palsu atau mengelirukan atau yang daripadanya terdapat ketinggalan yang material; atau

(e)

Suruhanjaya mempunyai sebab untuk mempercayai bahawa pemohon itu tidak dapat bertindak demi kepentingan awam atau anggota.

(2)

Walau apa pun yang terkandung dalam perenggan

(1)

(a)

, seseorang tidak terhalang daripada dilantik atau daripada bertindak, sebagai pemegang amanah skim hanya oleh sebab—

(a)

wang yang penyedia skim persaraan swasta itu berhutang kepada pemegang amanah skim itu atau mana-mana perbadanan yang berhubungan dengan pemegang amanah skim itu ialah wang yang kepadanya pemegang amanah skim itu atau mana-mana perbadanan yang berhubungan dengan pemegang amanah skim itu adalah berhak sebagai suatu pemegang amanah skim, mengikut apa-apa peruntukan atau waad surat ikatan amanah itu;

atau

(b)

pemegang amanah skim itu atau suatu perbadanan yang berhubungan dengan pemegang amanah skim itu, walaupun menjadi pemilik benefisial syer penyedia skim persaraan swasta itu, tidak mempunyai hak untuk melaksanakan lebih daripada satu per dua puluh daripada kuasa mengundi pada mana-mana mesyuarat agung penyedia skim persaraan swasta itu.

Pasaran Modal dan Perkhidmatan (Pindaan)

73 139ZE.

Penarikan balik kelulusan

Suruhanjaya boleh menarik balik suatu kelulusan yang diberikan kepada pemegang amanah skim yang diluluskan jika Suruhanjaya berpuas hati bahawa—

(a)

wujud alasan yang berdasarkannya Suruhanjaya boleh menolak suatu permohonan di bawah seksyen 139ZD;

(b)

pemegang amanah skim itu telah melanggar mana-mana terma atau syarat yang dikenakan oleh

Suruhanjaya;

(c)

pemegang amanah skim itu tidak bertindak atau menolak untuk bertindak mengikut peruntukan atau waad surat ikatan amanah itu;

(d)

pemegang amanah skim itu tidak mematuhi mana-mana arahan yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya di bawah Akta ini; atau

(e)

pemegang amanah skim itu tidak memberikan bantuan kepada Suruhanjaya atau kepada seseorang yang bertindak bagi pihak atau dengan kuasa Suruhanjaya sebagaimana yang dikehendaki di bawah subseksyen 139ZL(2).

Report

Division 3

Penggal 3

Division 4

Penggal 4

Schedules