Street, Drainage and Building Act 1974 · Updated to 31 Dec 2019 · Bahagian II · Jalan
33. Unjuran dari rumah tidak dibenarkan
Official textFrom Laws of Malaysia Online, unchanged
Pihak berkuasa tempatan boleh memberi notis secara bertulis kepada pemunya atau penduduk sesuatu rumah atau bangunan supaya memindahkan atau mengubah mana-mana unjuran, langgar sempadan atau halangan yang telah atau mungkin didirikan atau diletakkan pada atau di hadapan rumah atau bangunan itu, jika unjuran, langgar sempadan atau halangan itu mengunjur ke atas mana-mana jalan awam
56 Undang-Undang Malaysia AKTA 133
atau menjulur ke dalam mana-mana jalan awam atau dengan apa cara jua mengunjur ke dalam mana-mana jalan awam atau melanggar sempadan mana-mana jalan awam atau adalah menjadi suatu halangan kepada keselamatan dan kesenangan lalu-lalang di sepanjang mana-mana jalan awam atau menghalang atau mengunjur ke dalam atau ke atas mana-mana akuadak, parit atau betung dalam jalan itu.
Unjuran dari rumah hendaklah dihapuskan
Pemunya atau penduduk itu hendaklah, dalam masa empat belas hari atau dalam masa yang dilanjutkan sebagaimana yang dibenarkan oleh pihak berkuasa tempatan, selepas disampaikan notis itu kepadanya, menghapuskan unjuran, langgar sempadan atau halangan itu atau mengubah unjuran, langgar sempadan atau halangan itu dengan cara sebagaimana yang diarahkan di dalam notis itu.
Pemunya boleh menuntut belanja daripada penduduk
Jika sekiranya unjuran, langgar sempadan atau halangan itu telah dibuat atau dipasang oleh penduduk dan belanja bagi menghapuskan atau mengubahnya telah dibayar oleh pemunya, termasuk pembayaran oleh pemunya kepada pihak berkuasa tempatan jika kerja itu telah dilaksanakan oleh pihak berkuasa tempatan di bawah kuasa yang diperuntukkan kemudian daripada ini, pemunya itu adalah berhak menuntut belanja yang munasabah daripada penduduk itu.
Penduduk boleh menuntut belanja daripada pemunya
Jika sekiranya unjuran, langgar sempadan atau halangan itu tidak dibuat atau tidak dipasang oleh penduduk dan belanja bagi menghapuskan atau mengubahnya telah dibayar olehnya, termasuk pembayaran olehnya kepada pihak berkuasa tempatan jika kerja itu telah dilaksanakan oleh pihak berkuasa tempatan di bawah kuasa yang diperuntukkan kemudian daripada ini, maka penduduk itu adalah
Jalan, Parit dan Bangunan 57
berhak memotong belanja yang munasabah daripada sewa yang kena dibayar olehnya kepada pemunya itu.
Pihak berkuasa tempatan hendaklah membayar jika binaan sah di sisi undang-undang
Jika unjuran, langgar sempadan atau halangan itu telah dibuat secara sah di sisi undang-undang, pihak berkuasa tempatan hendaklah membayar belanja bagi menghapuskan atau mengubahnya dan memberi pampasan yang munasabah kepada tiap-tiap orang yang menanggung kerosakan oleh kerana penghapusan atau pengubahan itu dan, jika timbul apa-apa pertikaian mengenai amaun pampas an itu, ia hendaklah ditentukan dengan cara yang diperuntukkan kemudian daripada ini.
Bahagian III
Parit
Bahagian IV
Lorong Belakang
Bahagian V
Bangunan
Bahagian VI
Pelbagai
Bahagian VII
Undang-Undang Kecil
Bahagian VIII