Skip to content
In forceUpdated to 31 Dec 2019Read it in English
Contents

Bahagian II · Jalan

34. Beranda yang mengunjur, dsb., boleh dibuat di jalan yang tidak kurang daripada 40 kaki lebarnya

(1)

Pihak berkuasa tempatan boleh memberi kebenaran secara bertulis kepada pemunya rumah atau bangunan yang berhadapan, bersampingan atau bersempadanan dengan jalan awam yang lebarnya tidak kurang daripada empat puluh kaki untuk mengunjurkan beranda terbuka, langkan, pelindung matahari, bingkai cuaca dan papan tanda dan pada memberi kebenaran itu ia boleh mengenakan apa-apa syarat yang difikirkannya patut.

(2)

Jika berlaku pelanggaran terhadap mana-mana syarat itu pihak berkuasa tempatan boleh memberi pemunya atau penduduk itu notis untuk mematuhi syarat itu dan, jika syarat itu tidak dipatuhi dalam masa tiga puluh hari, sesuatu Mahkamah Majistret boleh, atas permohonan pihak berkuasa tempatan, membuat suatu perintah mandatori supaya unjuran itu dihapuskan.

58 Undang-Undang Malaysia AKTA 133

Penalti

(3)

Mana-mana orang yang melanggar mana-mana syarat yang dikenakan di bawah subseksyen (1) boleh apabila disabitkan didenda tidak melebihi satu ribu ringgit dan juga boleh didenda tambahan tidak melebihi dua ratus lima puluh ringgit bagi tiap-tiap hari kesalahan itu diteruskan selepas suatu notis untuk meremidi pelanggaran itu telah disampaikan kepada pemunya atau penduduk itu.

Report

Bahagian III

Parit

Bahagian IV

Lorong Belakang

Bahagian V

Bangunan

Bahagian VI

Pelbagai

Bahagian VII

Undang-Undang Kecil

Bahagian VIII

Pemansuhan, Peruntukan Peralihan, Dsb

Schedules