Skip to content
In forceUpdated to 31 Dec 2019Read it in English
Contents

Bahagian II · Jalan

36. Pagar tumbuhan dan pokok yang bersempadanan dengan jalan hendaklah dipangkas

(1)

Pihak berkuasa tempatan boleh dengan notis secara bertulis menghendaki pemunya atau penduduk mana-mana tanah supaya memangkas atau menutuh pagar tumbuhan di atasnya yang bersempadanan dengan mana-mana jalan supaya pagar tumbuhan itu tidak lebih daripada tujuh kaki tingginya daripada aras jalan, dan, mengenai pagar tumbuhan dalam lingkungan lima belas ela dari sesuatu sudut, tidak lebih daripada empat kaki tingginya daripada aras jalan itu, dan supaya memotong dan memangkas semua pokok atau dahan yang terjuntai atas mana-mana jalan.

Jalan, Parit dan Bangunan 59

(2)

Jika pemunya atau penduduk tidak mematuhi notis itu dalam tempoh yang ditentukan dalamnya, pihak berkuasa tempatan sendiri boleh mengarahkan supaya kerja itu dilakukan dan menuntut kos dan belanjanya mengikut cara yang diperuntukkan kemudian daripada ini.

Report

Bahagian III

Parit

Bahagian IV

Lorong Belakang

Bahagian V

Bangunan

Bahagian VI

Pelbagai

Bahagian VII

Undang-Undang Kecil

Bahagian VIII

Pemansuhan, Peruntukan Peralihan, Dsb

Schedules