Skip to content
In forceUpdated to 31 Dec 2019Read it in English
Contents

Bahagian II · Jalan

37. Mencegah kebakaran rumput

(1)

Jika pihak berkuasa tempatan berpuas hati bahawa apa-apa rumput, atau tumbuh-tumbuhan lain sama ada tumbuh atau tidak adalah dalam keadaan yang mudah terbakar atau mungkin menjadi berbahaya kepada nyawa atau harta sekiranya ia terbakar, pihak berkuasa tempatan boleh dengan notis secara bertulis menghendaki pemunya atau penduduk tanah di mana rumput atau tumbuh-tumbuhan itu tumbuh atau terletak supaya membuangnya daripada tanah itu dalam suatu tempoh yang ditentukan oleh notis itu.

(2)

Jika notis itu tidak dipatuhi, pihak berkuasa tempatan boleh pada bila-bila masa selepas tamat tempoh yang ditentukan itu, jika difikirkannya patut, mengarahkan supaya kerja yang ditentukan dalam notis itu dilakukan, dan kos dan belanja bagi berbuat demikian hendaklah dibayar kepada pihak berkuasa tempatan oleh pemunya atau penduduk yang mungkir itu dan boleh dituntut mengikut cara yang diperuntukkan kemudian daripada ini.

(3)

Jika berlaku apa-apa kebakaran atas mana-mana tanah yang mengenainya suatu notis di bawah subseksyen (1) telah diberi selepas masa yang dihadkan oleh notis itu dan sebelum notis itu dipatuhi dengan sepenuhnya, kos dan belanja bagi memadamkan api itu yang dilakukan oleh pihak berkuasa tempatan hendaklah dibayar kepadanya oleh pemunya atau penduduk yang mungkir itu dan boleh dituntut mengikut cara yang diperuntukkan kemudian daripada ini dan suatu perakuan berkenaan dengan amaun kos dan belanja itu yang dibuat oleh pihak berkuasa tempatan adalah menjadi keterangan muktamad bahawa amaun itu telah dilakukan sedemikian.

60 Undang-Undang Malaysia AKTA 133

Report

Bahagian III

Parit

Bahagian IV

Lorong Belakang

Bahagian V

Bangunan

Bahagian VI

Pelbagai

Bahagian VII

Undang-Undang Kecil

Bahagian VIII

Pemansuhan, Peruntukan Peralihan, Dsb

Schedules