Skip to content
In forceUpdated to 31 Dec 2019Read it in English
Contents

Bahagian II · Jalan

41. Langkah berjaga-jaga terhadap kemalangan. Pengadang hendaklah didirikan melintang jalan semasa pembaikan dijalankan dan lampu dipasang pada waktu malam

(1)

Pihak berkuasa tempatan atau seseorang atau mana-mana pihak berkuasa lain hendaklah, semasa menjalankan pembinaan atau pembaikan mana-mana jalan, lorong belakang, betung atau parit mengambil langkah berjaga-jaga yang sepatutnya terhadap kemalangan dengan menumpang dan melindungi rumah yang bersampingan dan mengarahkan supaya apa-apa pengadang, rantai atau tiang yang difikirkannya patut dipasang melintang atau di mana-mana jalan itu untuk mencegah kenderaan, atau kereta lain daripada lalu, semasa kerja itu dijalankan dan mengarahkan supaya kerja itu diterangi dengan lampu dan dijaga dengan secukupnya pada waktu malam.

Penalti

(2)

Mana-mana orang atau pihak berkuasa lain (tetapi bukan pihak berkuasa tempatan) yang tidak mematuhi peruntukan subseksyen (1)

boleh apabila disabitkan didenda tidak melebihi satu ribu ringgit.

(3)

Mana-mana orang yang merebahkan, mengubah atau memindahkan mana-mana pengadang, rantai atau tiang itu atau memadamkan mana-mana lampu itu tanpa kuasa atau persetujuan pihak berkuasa tempatan boleh apabila disabitkan didenda tidak melebihi satu ribu ringgit.

Report

Bahagian III

Parit

Bahagian IV

Lorong Belakang

Bahagian V

Bangunan

Bahagian VI

Pelbagai

Bahagian VII

Undang-Undang Kecil

Bahagian VIII

Pemansuhan, Peruntukan Peralihan, Dsb

Schedules