Street, Drainage and Building Act 1974 · Updated to 31 Dec 2019 · Bahagian II · Jalan
42. Bahan tidak boleh diletakkan tanpa kebenaran
Official textFrom Laws of Malaysia Online, unchanged
Tiada seseorang pun boleh meletakkan apa-apa bahan bangunan atau membuat sesuatu lubang di mana-mana jalan atau
Jalan, Parit dan Bangunan 63
lorong belakang tanpa mendapat kebenaran bertulis terlebih dahulu daripada pihak berkuasa tempatan.
Bahan-bahan pagar dan lampu atau lubang
Apabila kebenaran itu diberi kepada seseorang, orang itu hendaklah mengarahkan supaya bahan itu atau lubang itu dipagar atau dikepung dengan secukupnya atas belanjanya sendiri dan hendaklah mengarahkan supaya kawasan itu diterangi dengan lampu dengan secukupnya di waktu malam sehingga bahan itu dipindahkan atau sehingga lubang itu ditimbus atau dengan cara lain dijadikan selamat dengan memuaskan hati pihak berkuasa tempatan.
Penalti
Mana-mana orang yang meletakkan bahan atau membuat sesuatu lubang tanpa kebenaran itu atau setelah diberi kebenaran, ianya tidak memagar atau tidak mengepung atau tidak menerangi bahan atau lubang itu dengan lampu atau ia tidak membuang bahan itu atau tidak menimbuskan lubang itu atau dengan cara lain tidak menjadikannya selamat dalam masa yang ditentukan dalam kebenaran itu boleh apabila disabitkan didenda tidak melebihi satu ribu ringgit dan juga boleh didenda tambahan tidak melebihi satu ratus ringgit bagi tiap-tiap hari kesalahan itu diteruskan selepas dua puluh empat jam menerima notis secara bertulis daripada pihak berkuasa tempatan untuk membuang bahan itu atau menimbus lubang itu.
Pihak berkuasa tempatan sendiri boleh memagar, mengepung dan menerangi bahan atau lubang itu dengan lampu dan boleh membuang bahan itu atau menimbuskan lubang itu atau dengan cara lain menjadikan ia selamat dan segala kos dan belanja yang timbul daripadanya hendaklah dibayar kepada pihak berkuasa tempatan oleh orang yang mungkir itu.
64 Undang-Undang Malaysia AKTA 133
Bahagian III
Parit
Bahagian IV
Lorong Belakang
Bahagian V
Bangunan
Bahagian VI
Pelbagai
Bahagian VII
Undang-Undang Kecil
Bahagian VIII