Skip to content
In forceUpdated to 31 Dec 2019Read it in English
Contents

Bahagian II · Jalan

44. Kewajipan pemunya atau penduduk untuk menjaga kebersihan jalan

(1)

Pemunya atau penduduk mana-mana premis yang bersempadanan dengan mana-mana jalan persendirian yang padanya ia ada akses atau hak akses dari premis itu hendaklah mengarahkan supaya bahagian jalan yang bersempadanan dengan premisnya itu hingga ke bahagian tengahnya termasuk siar kaki, disapu dan dibersihkan dengan sepatutnya setakat mana yang dengan munasabahnya praktik dan supaya abuk, debu, abu, sampah dan kotoran daripada tiap-tiap jenis yang terdapat atasnya dikumpulkan dan dibuang.

Notis kepada pemunya atau penduduk untuk menjaga kebersihan jalan

(2)

Pihak berkuasa tempatan boleh dengan notis secara bertulis menghendaki mana-mana orang yang ke atasnya apa-apa tugas

Jalan, Parit dan Bangunan 65

ditanggungkan di bawah subseksyen (1) menyapu dan membersihkan jalan itu dan mengumpulkan dan membuang abuk, debu, abu, sampah dan kotoran yang terdapat atasnya pada masa atau masa-masa sebagaimana yang ditentukan dalam notis itu.

Penalti kerana ketidakpatuhan

(3)

Mana-mana orang yang diberi notis itu dan yang tidak mematuhinya boleh tanpa notis selanjutnya didenda tidak melebihi satu ratus ringgit bagi tiap-tiap satu hari ketidakpatuhan itu diteruskan dan pihak berkuasa tempatan sendiri boleh mengarahkan supaya kerja itu dilakukan dan pemunya atau penduduk itu hendaklah membayar kepada pihak berkuasa tempatan kos dan belanja bagi kerja itu.

Pihak berkuasa tempatan boleh membuat kontrak bagi kerja

(4)

Pihak berkuasa tempatan boleh membuat kontrak dengan mana-mana pemunya atau penduduk yang tersebut di atas untuk menyapu dan membersihkan jalan itu dan untuk mengumpulkan dan membuang abuk, debu, abu dan sampah bagi sesuatu tempoh yang difikirkan patut oleh pihak berkuasa tempatan.

(5)

Amaun yang genap masanya dibayar kepada pihak berkuasa tempatan oleh orang yang dengannya kontrak itu dibuat boleh dituntut dengan cara yang diperuntukkan kemudian daripada ini.

Report

Bahagian III

Parit

Bahagian IV

Lorong Belakang

Bahagian V

Bangunan

Bahagian VI

Pelbagai

Bahagian VII

Undang-Undang Kecil

Bahagian VIII

Pemansuhan, Peruntukan Peralihan, Dsb

Schedules