Skip to content
In forceUpdated to 31 Dec 2019Read it in English
Contents

Bahagian II · Jalan

38. Pokok tidak boleh ditanam dalam lingkungan dua belas kaki daripada jalan

(1)

Tiada apa-apa pokok boleh ditanam dalam lingkungan dua belas kaki daripada mana-mana jalan atau lorong belakang melainkan jika ianya adalah dari jenis yang dibenarkan oleh pihak berkuasa tempatan.

(2)

Seseorang yang menanam apa-apa pokok bersalahan dengan seksyen ini boleh apabila disabitkan didenda tidak melebihi lima ratus ringgit, dan pokok itu boleh ditebang atau digali dengan perintah pihak berkuasa tempatan.

Pampasan dalam hal tertentu

(3)

Mana-mana pokok yang ada dalam jarak dua belas kaki daripada mana-mana jalan atau lorong belakang atau yang terjuntai atas mana-mana jalan atau lorong belakang boleh ditebang atau digali dengan perintah pihak berkuasa tempatan:

Dengan syarat bahawa jika pokok itu adalah pokok buah-buahan dan ianya telah ditanam sebelum jalan atau lorong belakang itu disusun atur atau dicadang bagi suatu jalan atau lorong belakang, pihak berkuasa tempatan hendaklah memberi suatu pampasan sebanyak yang patut tidak melebihi lima puluh ringgit kepada pemunyanya.

Mengambil tempat turap

Report

Bahagian III

Parit

Bahagian IV

Lorong Belakang

Bahagian V

Bangunan

Bahagian VI

Pelbagai

Bahagian VII

Undang-Undang Kecil

Bahagian VIII

Pemansuhan, Peruntukan Peralihan, Dsb

Schedules