Street, Drainage and Building Act 1974 · Updated to 31 Dec 2019 · Bahagian II · Jalan
39. Section 39
Official textFrom Laws of Malaysia Online, unchanged
Mana-mana orang yang mengalih ganti, mengambil tempat atau membuat apa-apa perubahan kepada turap, papak atau bahan lain mana-mana jalan awam atau kepada pagar atau tiang-tiang mana-mana jalan awam tanpa mendapat kebenaran bertulis terlebih dahulu daripada pihak berkuasa tempatan atau tanpa kuasa lain yang sah di sisi undang-undang boleh apabila disabitkan didenda tidak melebihi lima puluh ribu ringgit.
Jalan, Parit dan Bangunan 61
Mana-mana orang yang merosakkan atau menyebab atau membenarkan apa-apa kerosakan dilakukan kepada mana-mana jalan, siar kaki, jalan kaki lima, kerja atau harta, atau mana-mana bahagiannya, kepunyaan pihak berkuasa tempatan atau yang di sepanjangnya orang ramai mempunyai hak lalu boleh apabila disabitkan didenda tidak melebihi satu ratus ribu ringgit.
Walau apa pun subseksyen (1) dan (2), pihak berkuasa tempatan boleh memberi notis secara bertulis untuk mengarahkan orang itu untuk membetulkan pengalihan, mengambil tempat atau membuat apa-apa perubahan kepada turap, papak atau bahan lain jalan awam atau pagar atau tiang-tiang jalan awam itu atau melaksanakan apa-apa pembaikan bagi kerosakan yang dilakukan pada jalan, siar kaki, jalan kaki lima, kerja atau harta, atau mana-mana bahagiannya.
Mana-mana orang yang tidak mematuhi arahan yang disebut dalam subseksyen (3), pihak berkuasa tempatan pada bila-bila masa selepas habis tempoh masa yang dinyatakan dalam notis boleh dengan sendirinya menyebabkan supaya kerja itu dilakukan dan menuntut kos dan belanjanya daripada orang itu.
Bahagian III
Parit
Bahagian IV
Lorong Belakang
Bahagian V
Bangunan
Bahagian VI
Pelbagai
Bahagian VII
Undang-Undang Kecil
Bahagian VIII