Skip to content
In forceUpdated to 31 Dec 2019Read it in English
Contents

Bahagian II · Jalan

43. Tempat berbahaya hendaklah dibaiki atau dikepung

(1)

Jika, pada pendapat pihak berkuasa tempatan mana-mana tangki, telaga, lubang atau tempat lain adalah berbahaya kepada orang ramai oleh kerana ia tidak dibaiki, dilindungi atau dikepung dengan cukup atau oleh sebab apa-apa sebab lain, pihak berkuasa tempatan hendaklah memberi notis secara bertulis kepada pemunyanya supaya membaiki, melindungi atau mengepungnya dengan segera untuk mencegah bahaya daripadanya.

(2)

Mana-mana pemunya yang tidak mematuhi notis itu dengan tiada sebab yang munasabah boleh apabila disabitkan didenda tidak melebihi satu ribu ringgit, dan pihak berkuasa tempatan sendiri boleh membaiki, melindungi atau mengepung tangki, telaga, lubang atau tempat lain itu.

(3)

Semua kos dan belanja yang timbul daripadanya hendaklah dibayar kepada pihak berkuasa tempatan oleh pemunya tangki, telaga, lubang atau tempat lain itu.

Report

Bahagian III

Parit

Bahagian IV

Lorong Belakang

Bahagian V

Bangunan

Bahagian VI

Pelbagai

Bahagian VII

Undang-Undang Kecil

Bahagian VIII

Pemansuhan, Peruntukan Peralihan, Dsb

Schedules