Skip to content
In forceUpdated to 1 Jul 2023Read it in English
Contents

Bahagian X · Tatacara Jenayah di Mahkamah bagi Kanak-Kanak

83a. Section 83a

Feedback & support
(1)

Seseorang kanak-kanak yang ditangkap tidak boleh digari melainkan jika —

(a)

kesalahan yang kerananya dia ditangkap ialah jenayah berat; atau

(b)

kanak-kanak itu menentang dengan kekerasan usaha untuk menangkapnya atau cuba untuk mengelakkan tangkapan itu.

(2)

Apabila seseorang kanak-kanak ditangkap, dia hendaklah diberitahu mengenai alasan penangkapannya, dan pegawai polis hendaklah, dengan seberapa segera yang boleh, sebelum memulakan apa-apa bentuk soal siasat atau perakaman apa-apa kenyataan daripada kanak-kanak itu, menghubungi ibu atau bapa atau penjaga, atau saudara kanak-kanak itu dan seorang pegawai akhlak untuk memberitahu mengenai—

(a)

keberadaan kanak-kanak itu;

(b)

alasan kanak-kanak itu ditangkap; dan

(c)

hak untuk berunding dengan peguam pilihan kanak-kanak itu.

(3)

Pegawai polis boleh membenarkan pegawai akhlak dan ibu atau bapa atau penjaga kanak-kanak itu untuk hadir di tempat di mana kanak-kanak itu ditahan selepas ditangkap untuk memastikan kebajikan kanak-kanak itu.

Undang-Undang Malaysia 108

(4)

Tiada apa-apa jua dalam seksyen ini boleh disifatkan menyentuh kuasa seseorang pegawai polis untuk memperlakukan kanak-kanak yang ditangkap mengikut Kanun Tatacara Jenayah.

Report

Bahagian XI

Dalam Pemeliharaan Orang yang Layak dan Sesuai

Bahagian XII

Perintah Sumbangan

Bahagian XIII

Bahagian XIV

Bahagian XV

Peruntukan Kecualian dan Peralihan

Schedules