Akta Kanak-Kanak 2001 · Updated to 1 Jul 2023 · Bahagian X · Tatacara Jenayah di Mahkamah bagi Kanak-Kanak
84. Jaminan
Feedback & supportJika seseorang kanak-kanak ditangkap dengan atau tanpa waran, kanak-kanak itu hendaklah dibawa ke hadapan Mahkamah
Bagi Kanak-Kanak dalam masa dua puluh empat jam tidak termasuk masa yang perlu bagi perjalanan dari tempat penangkapan ke
Mahkamah Bagi Kanak-Kanak.
Jika tidak mungkin seseorang kanak-kanak dibawa ke hadapan
Mahkamah Bagi Kanak-Kanak dalam masa yang ditetapkan dalam subseksyen (1), maka kanak-kanak itu hendaklah dibawa ke hadapan seorang Majistret yang boleh mengarahkan supaya kanak-kanak itu ditahan di suatu tempat tahanan sehingga masa kanak-kanak itu dapat dibawa ke hadapan Mahkamah Bagi Kanak-Kanak.
Mahkamah Bagi Kanak-Kanak yang ke hadapannya seseorang kanak-kanak dibawa hendaklah menyiasat kes itu dan melainkan jika—
pertuduhan itu ialah pertuduhan membunuh atau jenayah berat yang lain;
perlu demi kepentingan kanak-kanak yang ditangkap itu dia diasingkan daripada bergaul dengan mana-mana orang yang tidak diingini; atau
Mahkamah Bagi Kanak-Kanak itu ada sebab untuk mempercayai bahawa pelepasan kanak-kanak itu akan mengecewakan matlamat keadilan,
Mahkamah Bagi Kanak-Kanak itu hendaklah melepaskan kanak-kanak itu dengan suatu bon, yang disempurnakan oleh ibu, atau bapa atau penjaganya atau orang lain yang bertanggungjawab dengan atau tanpa penjamin, bagi suatu jumlah yang pada pendapat
Mahkamah Bagi Kanak-Kanak itu akan memastikan kehadiran kanak-kanak itu apabila pertuduhan itu didengar.
Kanak-Kanak 109
Tiada apa-apa jua dalam seksyen ini boleh disifatkan menyentuh kuasa seseorang pegawai polis untuk melepaskan kanak-kanak yang ditangkap itu atas jaminan mengikut Kanun
Tatacara Jenayah.