Communications and Multimedia Act 1998 · Updated to 1 Jan 2006 · Bahagian X
221. Notis kepada pemunya tanah
Feedback & supportOfficial textFrom Laws of Malaysia Online, unchanged
Sebelum melakukan sesuatu aktiviti di bawah Bab ini berkenaan dengan mana-mana tanah, seseorang pemberi kemudahan rangkaian hendaklah memberikan notis bertulis mengenai niatnya untuk berbuat demikian—
kepada pemunya tanah itu; dan
Komunikasi dan Multimedia 121
jika tanah itu diduduki oleh seseorang selain pemunya itu, kepada penduduk itu.
Notis itu mesti menyatakan maksud yang baginya pemberi itu berhasrat untuk melakukan aktiviti itu.
Notis di bawah subseksyen (1) mesti mengandungi suatu pernyataan yang bermaksud bahawa jika seseorang mengalami kerugian atau kerosakan kewangan berhubung dengan harta disebabkan oleh apa-apa jua yang dilakukan oleh pemberi itu dalam melakukan aktiviti itu, pampasan bolehlah dibayar.
Notis di bawah subseksyen (1) mesti diberikan sekurang-kurangnya empat belas hari sebelum pemberi itu mula melakukan aktiviti itu.
Seseorang boleh mengetepikan haknya untuk diberi suatu notis di bawah subseksyen (1).
Subseksyen (1) tidak terpakai jika—
pemberi kemudahan rangkaian itu telah mematuhi mana-mana kod teknik dan standard mandatori yang berkaitan dengan aktiviti itu; dan
aktiviti itu perlu dijalankan tanpa kelengahan bagi—
keutuhan kemudahan rangkaian;
kesihatan atau keselamatan orang;
alam sekitar;
harta; atau
penyenggaraan suatu tahap perkhidmatan yang mencukupi.
Subseksyen (1) tidak terpakai jika—
pemberi itu berhasrat untuk melakukan aktiviti di bawah seksyen 214;
melakukan aktiviti itu tidak melibatkan apa-apa gangguan matan kepada tanah itu; dan
tanah itu adalah suatu tempat awam.
122
Undang-Undang Malaysia
Bahagian XI