Communications and Multimedia Act 1998 · Updated to 1 Jan 2006 · Bahagian X
Communications and Multimedia Act 1998 · Updated to 1 Jan 2006 · Bahagian X
Official textFrom Laws of Malaysia Online, unchanged
Suruhanjaya boleh mengawal selia kadar, terma dan syarat bagi akses kepada mana-mana tiang, kemudahan rangkaian atau hak laluan dan mensyaratkan supaya kadar, terma dan syarat sedemikian adalah adil dan munasabah dan boleh menerima pakai tatacara yang perlu dan sesuai untuk mendengar dan menyelesaikan pertikaian mengikut Bab 7 Bahagian V.
Tiada apa-apa jua dalam seksyen ini boleh ditafsirkan sebagai terpakai bagi, atau memberikan Suruhanjaya bidang kuasa berkenaan dengan, akses kepada mana-mana tiang, kemudahan rangkaian atau hak laluan jika perkara sedemikian dikawal selia oleh Pihak Berkuasa Negeri, pihak berkuasa tempatan atau pihak berkuasa lain.
Bahagian XI