Communications and Multimedia Act 1998 · Updated to 1 Jan 2006 · Bahagian X
Communications and Multimedia Act 1998 · Updated to 1 Jan 2006 · Bahagian X
Official textFrom Laws of Malaysia Online, unchanged
Seseorang yang, dengan sengaja atau tanpa alasan yang munasabah, menyebabkan suatu pancaran radio daripada apa-apa kelengkapan atau peranti yang tidak standard melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi lima puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya.
Komunikasi dan Multimedia 133
Bagi maksud Bab ini, “kelengkapan atau peranti tidak standard” ertinya apa-apa kelengkapan atau peranti yang tidak menepati standard teknik atau tatacara yang disediakan atau ditentukan di bawah Akta ini.
Bahagian XI