Communications and Multimedia Act 1998 · Updated to 1 Jan 2006 · Bahagian X
Communications and Multimedia Act 1998 · Updated to 1 Jan 2006 · Bahagian X
Official textFrom Laws of Malaysia Online, unchanged
Seseorang yang—
secara tidak jujur menghantar atau membenarkan untuk dihantar mana-mana komunikasi atau memperoleh suatu perkhidmatan yang diberikan oleh seorang pemberi kemudahan rangkaian, pemberi perkhidmatan rangkaian, pemberi perkhidmatan aplikasi atau pemberi perkhidmatan aplikasi kandungan berlesen; atau
secara tidak jujur menerima perkhidmatan aplikasi kandungan dari suatu tempat di dalam Malaysia yang tidak dimaksudkan untuk penerimaan umum, dengan niat untuk mengelakkan pembayaran apa-apa kadar atau fi yang dikenakan bagi pemberian kemudahan atau perkhidmatan itu melakukan suatu kesalahan.
Seseorang yang memiliki, memperoleh atau mewujudkan suatu sistem yang direka bentuk untuk menggunakan atau memperoleh secara fraud mana-mana kemudahan rangkaian, perkhidmatan rangkaian, perkhidmatan aplikasi atau perkhidmatan aplikasi kandungan, melakukan suatu kesalahan.
Seseorang yang melakukan kesalahan di bawah subseksyen
atau (2) apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi tiga
128
Undang-Undang Malaysia
ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.
Bahagian XI