Skip to content
In forceUpdated to 1 Jan 2006Read it in English
Contents

Bahagian X

222. Notis kepada pemunya tanah bagi pencantasan pokok, dll

Feedback & support
(1)

Sekurang-kurangnya empat belas hari sebelum—

(a)

menebang atau mencantas pokok di tanah persendirian;

atau

(b)

membersihkan atau membuang semak atau tumbuhan atas tanah persendirian, di bawah seksyen 215, seseorang pemberi kemudahan rangkaian hendaklah memberi—

(aa)

pemunya tanah itu; dan

(bb)

jika tanah itu diduduki oleh seseorang selain pemunya itu, penduduk itu, suatu notis bertulis yang meminta pokok itu ditebang atau dicantas, atau semak atau tumbuhan itu dibersihkan, mengikut cara, dan dalam tempoh, yang dinyatakan dalam notis itu.

(2)

Pemberi itu hanya boleh melakukan aktiviti itu jika permintaan itu tidak dipenuhi.

(3)

Seseorang boleh mengetepikan haknya untuk diberi notis di bawah subseksyen (1).

(4)

Subseksyen (1) dan (2) tidak terpakai jika—

(a)

pemberi kemudahan rangkaian itu telah mematuhi mana-mana kod teknik dan/atau standard mandatori yang berkaitan dengan aktiviti itu; dan

(b)

aktiviti itu perlu dijalankan tanpa kelengahan bagi melindungi—

(i)

keutuhan kemudahan rangkaian;

(ii)

kesihatan atau keselamatan orang;

(iii)

alam sekitar;

(iv)

harta; atau

(v)

penyenggaraan suatu tahap perkhidmatan yang mencukupi.

Komunikasi dan Multimedia 123

Report

Bahagian XI

Peruntukan Peralihan

Schedules