Communications and Multimedia Act 1998 · Updated to 1 Jan 2006 · Bahagian X
234. Pemintasan dan pendedahan komunikasi dilarang
Feedback & supportOfficial textFrom Laws of Malaysia Online, unchanged
Seseorang yang tanpa kebenaran yang sah di bawah Akta ini atau mana-mana undang-undang bertulis yang lain—
memintas, cuba untuk memintas, atau mendapatkan mana-mana orang lain supaya memintas, atau cuba untuk memintas, apa-apa komunikasi;
mendedah, atau cuba untuk mendedahkan, kepada mana-mana orang lain kandungan apa-apa komunikasi, sedangkan dia mengetahui atau mempunyai sebab untuk mempercayai bahawa maklumat itu telah diperoleh melalui pemintasan mana-mana komunikasi dengan melanggar seksyen ini;
atau
menggunakan, atau cuba untuk menggunakan, kandungan apa-apa komunikasi, sedangkan dia mengetahui atau mempunyai sebab untuk mempercayai bahawa maklumat itu telah diperoleh melalui pemintasan apa-apa komunikasi dengan melanggar seksyen ini, melakukan suatu kesalahan.
Seseorang yang dibenarkan di bawah Akta ini yang dengan sengaja mendedahkan, atau cuba untuk mendedahkan, kepada mana-mana orang lain kandungan apa-apa komunikasi, yang dipintas dengan cara yang dibenarkan oleh Akta ini—
sedangkan dia mengetahui atau mempunyai sebab untuk mempercayai bahawa maklumat itu telah diperoleh melalui pemintasan komunikasi itu berkaitan dengan suatu penyiasatan jenayah;
setelah memperoleh atau menerima maklumat itu berkaitan dengan suatu penyiasatan jenayah; atau
untuk menggalang, menghalang, atau mengganggu suatu penyiasatan jenayah yang diberi kuasa dengan sewajarnya, melakukan suatu kesalahan.
130
Undang-Undang Malaysia
Seseorang yang melakukan kesalahan di bawah subseksyen
atau (2) apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi lima puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya.
Adalah sah di sisi undang-undang di bawah Bab ini bagi seseorang pegawai, pekerja atau ejen mana-mana pemberi kemudahan rangkaian, pemberi perkhidmatan rangkaian, pemberi perkhidmatan aplikasi atau pemberi perkhidmatan aplikasi kandungan, yang kemudahan atau perkhidmatannya digunakan dalam komunikasi, untuk memintas, mendedahkan atau menggunakan komunikasi sedemikian dalam perjalanan biasa pekerjaannya sementara melakukan apa-apa aktiviti yang merupakan suatu perkara sampingan yang perlu kepada pemberian kemudahan atau perkhidmatannya atau terhadap pelindungan hak atau harta pemberi kemudahan atau perkhidmatan itu, tetapi pemberi itu tidak boleh menggunakan kemudahan atau perkhidmatan itu bagi pemerhatian atau pengawasan rawak melainkan bagi pemeriksaan kawalan mutu mekanikal atau perkhidmatan.
Bahagian XI