Skip to content
In forceUpdated to 1 Jan 2006Read it in English
Contents

Bahagian X

228. Akses kepada tiang, kemudahan rangkaian atau hak laluan

Feedback & support
(1)

Walau apa pun peruntukan mana-mana undang-undang bertulis yang lain, seseorang pemberi kemudahan rangkaian atau kemudahan awam hendaklah memberikan seseorang pemberi kemudahan rangkaian akses tanpa diskriminasi kepada mana-mana tiang, kemudahan rangkaian atau hak laluan yang dipunyai atau dikawal olehnya.

(2)

Walau apa pun subseksyen (1), seseorang pemberi kemudahan rangkaian atau kemudahan awam boleh enggan memberikan akses kepada mana-mana pemberi kemudahan rangkaian kepada tiang, kemudahan rangkaian atau hak laluannya atas dasar tanpa diskriminasi apabila kapasiti tidak mencukupi, atau atas sebab keselamatan, keperluan pelindungan, kebolehpercayaan, atau kesukaran yang bersifat teknik atau kejuruteraan.

Report

Bahagian XI

Peruntukan Peralihan

Schedules