Skip to content
In forceUpdated to 1 Jan 2006Read it in English
Contents

Bahagian X

247. Penggeledahan dengan waran

Feedback & support
(1)

Jika pada hemat seseorang Majistret, berdasarkan maklumat bertulis bersumpah dan selepas apa-apa siasatan yang difikirkannya perlu, bahawa terdapat sebab yang munasabah untuk mempercayai bahawa suatu kesalahan di bawah Akta ini

Komunikasi dan Multimedia 139

atau perundangan subsidiarinya sedang atau telah dilakukan di mana-mana premis, atau bahawa apa-apa keterangan atau benda yang perlu untuk penjalanan sesuatu penyiasatan mengenai suatu kesalahan mungkin didapati di mana-mana premis, Majistret itu boleh mengeluarkan suatu waran yang memberi kuasa mana-mana pegawai polis yang berpangkat tidak rendah daripada Inspektor, atau mana-mana pegawai diberi kuasa yang dinamakan dalam waran itu, untuk memasuki premis itu pada bila-bila masa yang munasabah pada siang hari atau malam hari, dengan atau tanpa bantuan dan jika perlu secara paksa, dan di premis itu menggeledah dan menyita apa-apa keterangan atau benda sedemikian.

(2)

Tanpa menjejaskan keluasan subseksyen (1), waran yang dikeluarkan oleh Majistret itu boleh memberi kuasa penggeledahan dan penyitaan—

(a)

salinan mana-mana buku, akaun atau dokumen lain, termasuk data berkomputer, yang mengandungi atau dengan munasabah disyaki mengandungi maklumat tentang apa apa kesalahan yang disyaki telah dilakukan;

(b)

mana-mana papan tanda, kad, surat, risalah, lembaran atau notis yang menyatakan atau yang membayangkan bahawa orang itu mempunyai lesen yang diberikan atau penguntukan yang dikeluarkan di bawah Akta ini; atau

(c)

apa-apa dokumen, kemudahan, radas, kelengkapan, peranti atau perkara lain yang dengan munasabah dipercayai dapat memberikan keterangan mengenai pelakuan kesalahan itu.

(3)

Seorang pegawai polis atau pegawai diberi kuasa yang menjalankan penggeledahan di bawah subseksyen (1) boleh, bagi maksud menyiasat kesalahan itu, memeriksa mana-mana orang yang berada dalam atau di premis itu.

(4)

Seorang pegawai polis atau pegawai diberi kuasa yang memeriksa seseorang di bawah subseksyen (3) boleh menyita, atau mengambil milik, dan menyimpan dalam jagaan selamat semua benda, selain pakaian yang perlu dipakai, yang dijumpai pada orang itu, dan apa-apa benda lain, yang baginya ada sebab untuk mempercayai bahawa benda-benda itu merupakan alat atau keterangan lain bagi jenayah itu, dan benda-benda itu boleh ditahan sehingga orang itu dilepaskan atau dibebaskan.

140

Undang-Undang Malaysia

(5)

Apabila perlu untuk memeriksa seorang wanita, pemeriksaan itu hendaklah dilakukan oleh seorang wanita lain dengan penuh kesopanan.

(6)

Jika, oleh sebab sifat, saiz atau amaunnya, tidaklah praktis untuk memindahkan mana-mana buku, akaun, dokumen, data berkomputer, papan tanda, kad, surat, risalah, lembaran, notis, kemudahan, radas, kelengkapan, peranti, benda atau perkara yang disita di bawah seksyen ini, pegawai yang menyita hendaklah, dengan apa-apa cara, mengelak buku, akaun, dokumen, data berkomputer, papan tanda, kad, surat, risalah, lembaran, notis, kemudahan, radas, kelengkapan, peranti, benda atau perkara itu di premis atau bekas tempat ia didapati.

(7)

Seseorang yang, tanpa kuasa yang sah, memecahkan, mengusik atau merosakkan lak yang disebut dalam subseksyen

(6)

atau mengeluarkan mana-mana buku, akaun, dokumen, data berkomputer, papan tanda, kad, surat, risalah, lembaran, notis, kemudahan, radas, kelengkapan, peranti, benda atau perkara yang dilak atau cuba untuk berbuat demikian melakukan suatu kesalahan.

(8)

Jika suatu penggeledahan di bawah seksyen ini menunjukkan bahawa terdapat apa-apa kelengkapan yang menyebabkan gangguan, radas radio atau kelengkapan yang peka radio, maka pegawai diberi kuasa boleh mengarahkan supaya langkah perlu diambil untuk memastikan suasana yang bebas daripada gangguan.

Report

Bahagian XI

Peruntukan Peralihan

Schedules