Skip to content
In forceUpdated to 1 Jan 2006Read it in English
Contents

Bahagian X

244. Kesalahan oleh pertubuhan perbadanan

Feedback & support
(1)

Jika suatu pertubuhan perbadanan melakukan suatu kesalahan di bawah Akta ini atau perundangan subsidiarinya seseorang yang pada masa pelakuan kesalahan itu merupakan seorang pengarah, ketua pegawai eksekutif, pengurus, setiausaha atau

Komunikasi dan Multimedia 137

pegawai serupa itu yang lain bagi pertubuhan perbadanan itu atau berupa seperti bertindak atas apa-apa sifat sedemikian atau telah dengan apa-apa cara atau sehingga apa apa takat bertanggungjawab bagi pengurusan mana-mana hal ehwal pertubuhan perbadanan itu atau telah membantu dalam pengurusan sedemikian—

(a)

boleh didakwa secara berasingan atau bersesama dalam prosiding yang sama dengan pertubuhan perbadanan itu;

dan

(b)

jika pertubuhan perbadanan itu didapati bersalah atas kesalahan itu, hendaklah disifatkan bersalah atas kesalahan itu melainkan jika, setelah mengambil kira jenis fungsinya atas sifat itu dan semua hal keadaan, dia membuktikan—

(i)

bahawa kesalahan itu telah dilakukan tanpa pengetahuan, kebenaran atau pembiarannya;

dan

(ii)

bahawa dia telah mengambil semua langkah berjaga-jaga yang munasabah dan telah menjalankan usaha yang wajar untuk mengelakkan pelakuan kesalahan itu.

(2)

Jika mana-mana orang akan boleh dikenakan di bawah

Akta ini apa-apa hukuman atau penalti bagi apa-apa perbuatan, peninggalan, pengabaian atau kegagalannya, dia boleh dikenakan hukuman atau penalti yang sama bagi tiap-tiap perbuatan, peninggalan, pengabaian atau kegagalan mana-mana pekerja atau ejennya, atau pekerja ejennya, jika tindakan, peninggalan, pengabaian atau kegagalan itu telah dilakukan—

(a)

oleh pekerja orang itu dalam perjalanan pekerjaannya;

(b)

oleh ejen itu apabila bertindak bagi pihak orang itu;

atau

(c)

oleh pekerja ejen itu semasa dia digajikan oleh ejen itu atau selainnya bagi pihak ejen itu yang bertindak bagi pihak orang itu.

138

Undang-Undang Malaysia

Kuasa Untuk Masuk, Penyiasatan Kesalahan

Dan Pendakwaan

Report

Bahagian XI

Peruntukan Peralihan

Schedules