Akta Membaharui Undang-Undang (Perkahwinan dan Perceraian) 1976 · Updated to 15 Dec 2018 · Bahagian VI · Perceraian
50. Sekatan terhadap petisyen dalam tempoh dua tahun perkahwinan
Feedback & supportIn plain English
A divorce petition cannot be presented to the court within two years of the marriage. A judge may allow an earlier petition for exceptional circumstances or hardship to the petitioner. The judge must consider any child's interests and the chance of reconciliation within the two years. A petition may still rely on events within those two years.
Summary · Drafted with AI, checked against the official text on 30 Sep 2026.
Tertakluk pada subseksyen (2), tiada suatu petisyen untuk perceraian boleh diserahkan kepada mahkamah sebelum tamat tempoh dua tahun dari tarikh perkahwinan (kemudian dari ini dalam seksyen ini disebut “tempoh tertentu itu”).
Seseorang Hakim mahkamah boleh, atas sesuatu permohonan yang dibuat kepadanya, membenarkan sesuatu petisyen untuk perceraian diserahkan dalam tempoh tertentu itu atas alasan bahawa hal itu adalah suatu hal yang terbit daripada hal keadaan atau kesusahan yang luar biasa yang dideritai oleh pempetisyen itu; tetapi pada memutuskan permohonan itu Hakim hendaklah memberi perhatian kepada kepentingan seseorang anak dari perkahwinan itu dan kepada soalan sama ada ada kebarangkalian yang munasabah bagi pihak-pihak itu berdamai dalam tempoh tertentu itu.
Tiada apa-apa jua dalam seksyen ini boleh disifatkan sebagai melarang pengemukaan sesuatu petisyen yang berasaskan hal yang berlaku sebelum tamat tempoh tertentu itu.
44
Undang-Undang Malaysia