Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007 · Updated to 5 Feb 2024 · Bahagian 1 Jadual 4, orang berdaftar itu hendaklah mematuhi apa-apa garis panduan yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya di bawah seksyen 377 berkenaan dengan penjal
118. Pengasingan aset klien
Feedback & supportJika mana-mana aset klien didepositkan dengan, atau diterima oleh, pemegang Lesen Perkhidmatan Pasaran Modal untuk atau bagi pihak klien pemegang itu berkaitan dengan—
perniagaan dalam derivatif yang dilaksanakan atau dicadangkan untuk dilaksanakan, sama ada di dalam atau di luar Malaysia; atau
arahan oleh klien itu, sama ada di dalam atau di luar
Malaysia, pemegang itu hendaklah—
berkenaan dengan wang, mendepositkan wang itu ke dalam akaun terasing klien pemegang itu yang disimpan dan disenggarakan di dalam Malaysia atau di tempat wang itu didepositkan dengan atau diterima oleh, pemegang itu; atau
berkenaan dengan harta, mendepositkan harta itu ke dalam jagaan selamat di dalam Malaysia atau di tempat harta itu didepositkan dengan atau diterima oleh pemegang itu, mengikut cara yang harta itu diasingkan daripada harta
Pasaran Modal dan Perkhidmatan 205
selain harta yang didepositkan oleh pemegang itu ke dalam jagaan selamat di bawah subseksyen ini, tidak lewat daripada hari urusan bank yang berikutnya atau mana-mana hari lain sebagaimana yang ditentukan oleh Suruhanjaya selepas wang atau harta itu didepositkan dengan atau diterima oleh, pemegang itu iaitu hari yang amaun atau harta itu boleh didepositkan sebagaimana yang mula-mula disebut dalam perenggan (A) atau (B), mengikut mana-mana yang berkenaan.
Tanpa menjejaskan keluasan subseksyen (1), jika berkaitan dengan perniagaan dalam derivatif yang dilaksanakan, sama ada di dalam atau di luar Malaysia, oleh pemegang suatu Lesen
Perkhidmatan Pasaran Modal, pemegang itu menerima daripada seseorang suatu amaun wang, yang sebahagiannya atau kesemuanya boleh dikaitkan dengan perniagaan dalam derivatif yang dilaksanakan sedemikian, sama ada di dalam atau di luar Malaysia, bagi pihak klien pemegang itu, pemegang itu hendaklah, tidak lewat daripada hari urusan bank yang berikutnya atau mana-mana hari lain sebagaimana yang ditentukan oleh Suruhanjaya yang amaun itu boleh didepositkan sedemikian, mendepositkan amaun itu ke dalam akaun terasing klien yang disimpan dan disenggarakan di dalam Malaysia atau di tempat pemegang itu menerima amaun itu.
Pemegang Lesen Perkhidmatan Pasaran Modal tidak boleh mengeluarkan apa-apa wang dalam akaun terasing klien kecuali bagi maksud—
membuat pembayaran kepada atau mengikut arahan bertulis, seseorang yang berhak kepada wang itu;
membuat pembayaran bagi atau berkaitan dengan, pembuatan, pemarginan, penjaminan, pencagaran, pemindahan, pelarasan atau penyelesaian perniagaan dalam derivatif yang dilaksanakan oleh pemegang itu bagi pihak klien;
membayar caj pembrokeran dan caj sepatutnya yang lain yang dilakukan berkenaan dengan perniagaan dalam derivatif yang dilaksanakan oleh pemegang itu bagi pihak klien;
206 Undang-Undang Malaysia AKTA 671
melaburkannya—
sebagai deposit untuk bunga dengan sesuatu bank berlesen;
sebagai deposit dengan suatu pusat penjelasan diluluskan bagi sesuatu bursa derivatif; atau