Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007 · Updated to 5 Feb 2024 · Bahagian 1 Jadual 4, orang berdaftar itu hendaklah mematuhi apa-apa garis panduan yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya di bawah seksyen 377 berkenaan dengan penjal
117. Tafsiran
Feedback & supportBagi maksud Subpenggal ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain—
“aset klien” termasuklah wang atau harta lain yang diterima atau dipegang simpan oleh, atau didepositkan dengan, pemegang Lesen
Perkhidmatan Pasaran Modal dalam perjalanan urusannya yang baginya pemegang itu bertanggungan untuk menjelaskan kepada kliennya, dan mana-mana wang atau harta lain yang terakru daripadanya;
“harta” termasuklah kemudahan kredit;
“imbangan kredit yang berkaitan”, berhubung dengan klien pemegang Lesen Perkhidmatan Pasaran Modal, ertinya jumlah—
amaun yang didepositkan berkenaan dengan klien itu ke dalam akaun terasing klien, bagi pemegang itu, ditolak sejumlah amaun yang telah dikeluarkan daripada akaun itu; dan
Pasaran Modal dan Perkhidmatan 203
nilai harta selain wang yang—
berkenaan dengan klien itu, telah didepositkan oleh pemegang itu ke dalam jagaan selamat di bawah seksyen 118 dan tidak dikeluarkan daripada jagaan selamat; dan
di bawah terma dan syarat yang mengenainya ia didepositkan dengan, atau diterima oleh, pemegang itu, adalah mencukupi untuk menjelaskan, atau untuk memberi sekuriti berkaitan dengan penjelasan, tanggungan yang berkaitan klien itu;
“kemudahan kredit” ertinya dokumen yang membuktikan hak seseorang untuk memperoleh pinjaman atau kemudahan lain daripada seorang lain dan, tanpa menjejaskan keluasan makna yang terdahulu, termasuklah surat kredit dan jaminan bank;
“klien”, berhubung dengan pemegang Lesen Perkhidmatan Pasaran
Modal, ertinya seseorang yang bagi pihaknya pemegang itu berdagang atau yang daripadanya pemegang itu menerima arahan untuk berniaga dalam derivatif;
“menyelesaikan”, berhubung dengan perniagaan dalam derivatif, termasuklah membuat penghantarserahan, atau menerima penghantarserahan, sesuatu instrumen yang kepadanya derivatif itu berkaitan;
“pemegang Lesen Perkhidmatan Pasaran Modal” ertinya pemegang
Lesen Perkhidmatan Pasaran Modal yang menjalankan urusan berniaga dalam derivatif;
“tanggungan yang berkaitan”, berhubung dengan klien pemegang
Lesen Perkhidmatan Pasaran Modal, ertinya hutang dan tanggungan klien yang berbangkit daripada perniagaan dalam derivatif yang dilaksanakan oleh pemegang itu bagi pihak klien.
204 Undang-Undang Malaysia AKTA 671
Bagi maksud takrif “imbangan kredit yang berkaitan” dalam subseksyen (1), nilai butiran harta pada sesuatu masa yang tertentu ialah—
jika butiran itu ialah kemudahan kredit, amaun wang yang seseorang itu berhak kepada hak yang dibuktikan oleh kemudahan kredit itu boleh, pada masa itu atau dalam masa sesuatu tempoh yang munasabah selepas masa itu, memperoleh disebabkan oleh hak itu; atau
jika ia selain suatu kemudahan kredit, nilai pasaran harta itu pada penghujung hari urusan terakhir sebelum masa itu.