Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007 · Updated to 5 Feb 2024 · Bahagian V · Salah Laku Pasaran dan Perlakuan Dilarang yang Lain
175. Transaksi perdagangan palsu dan penipuan dalam pasaran
Feedback & supportTertakluk pada seksyen 180, tiada seorang pun boleh mewujudkan, atau menyebabkan diwujudkan, atau melakukan apa-apa jua yang dikira boleh mewujudkan, gambaran yang palsu atau mengelirukan sebagai memperdagangkan dengan aktif dalam apa-apa sekuriti di pasaran saham di dalam Malaysia atau gambaran yang palsu atau mengelirukan berkenaan dengan pasaran itu bagi, atau mengenai harga, mana-mana sekuriti itu.
Seseorang tidak boleh, dengan cara pembelian atau penjualan apa-apa sekuriti yang tidak melibatkan pertukaran keempunyaan benefisial sekuriti itu, atau melalui apa-apa transaksi atau peranti
Pasaran Modal dan Perkhidmatan 297
rekaan, mengekalkan, meninggikan, melesetkan, atau menyebabkan naik-turunnya, harga pasaran apa-apa sekuriti.
Tanpa menyentuh keluasan subseksyen (1), seseorang yang—
melaksanakan, mengambil bahagian dalam, ada kaitan dengan atau menjalankan, sama ada secara langsung atau tidak langsung, apa-apa transaksi penjualan atau pembelian apa-apa sekuriti, yang merupakan transaksi yang tidak melibatkan apa-apa pertukaran dalam keempunyaan benefisial sekuriti itu;
membuat atau menyebabkan dibuat suatu tawaran untuk menjual apa-apa sekuriti pada harga tertentu yang dia telah membuat atau menyebabkan dibuat atau bercadang untuk membuat atau menyebabkan dibuat, atau mengetahui bahawa seseorang yang bersekutu dengannya telah membuat atau menyebabkan dibuat atau bercadang untuk membuat atau menyebabkan dibuat, suatu tawaran untuk membeli sekuriti yang sama bilangannya, atau sebahagian besarnya sama bilangannya, pada harga yang sebahagian besarnya sama dengan harga yang mula-mula disebut; atau
membuat atau menyebabkan dibuat suatu tawaran untuk membeli apa-apa sekuriti pada harga tertentu yang dia telah membuat atau menyebabkan dibuat atau bercadang untuk membuat atau menyebabkan dibuat, atau mengetahui bahawa seseorang yang bersekutu dengannya telah membuat atau menyebabkan dibuat atau bercadang untuk membuat atau menyebabkan dibuat, tawaran untuk menjual sekuriti yang sama bilangannya, atau sebahagian besarnya sama bilangannya, pada harga yang sebahagian besarnya sama dengan harga yang mula-mula disebut, hendaklah disifatkan telah mewujudkan gambaran yang palsu atau mengelirukan sebagai memperdagangkan dengan aktif sekuriti dalam pasaran saham.
298 Undang-Undang Malaysia AKTA 671
Dalam suatu pendakwaan terhadap seseorang bagi perbuatan yang disebut dalam subseksyen (3), adalah menjadi suatu pembelaan jika defendan membuktikan bahawa—
maksud yang baginya dia melakukan perbuatan itu bukanlah, atau tidak termasuk, maksud mewujudkan gambaran yang palsu atau mengelirukan; dan
dia tidak bertindak secara melulu, sama ada atau tidak dia mewujudkan gambaran yang palsu atau mengelirukan, sebagai memperdagangkan sekuriti dengan aktif di pasaran saham.
Pembelian atau penjualan sekuriti tidak melibatkan pertukaran dalam keempunyaan benefisial bagi maksud seksyen ini jika seseorang yang mempunyai kepentingan dalam sekuriti itu sebelum pembelian atau penjualan itu, atau seseorang yang bersekutu dengan orang yang mula-mula disebut berhubung dengan sekuriti itu, mempunyai kepentingan dalam sekuriti itu selepas pembelian atau penjualan itu.
Dalam suatu pendakwaan bagi kesalahan terhadap subseksyen (2)
berhubung dengan pembelian atau penjualan sekuriti yang tidak melibatkan pertukaran dalam keempunyaan benefisial sekuriti itu, adalah menjadi pembelaan jika defendan membuktikan bahawa maksud dia membeli atau menjual sekuriti itu bukanlah, atau tidak termasuk, maksud mewujudkan gambaran yang palsu atau mengelirukan berkenaan dengan pasaran bagi, atau harga, sekuriti.
Sebutan dalam perenggan (3)(a) mengenai suatu transaksi penjualan atau pembelian sekuriti termasuklah—
sebutan mengenai pembuatan suatu tawaran untuk menjual atau membeli sekuriti; dan
sebutan mengenai pembuatan suatu pelawaan, walau bagaimanapun dinyatakan, yang dengan nyata atau secara tersirat, mempelawa seseorang untuk menawarkan bagi penjualan atau pembelian sekuriti.
Pasaran Modal dan Perkhidmatan 299