Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007 · Updated to 5 Feb 2024 · Bahagian V · Salah Laku Pasaran dan Perlakuan Dilarang yang Lain
179. Penggunaan peranti manipulasi dan memperdaya
Feedback & supportAdalah menyalahi undang-undang bagi mana-mana orang, sama ada secara langsung atau tidak langsung berkaitan dengan langganan, pembelian atau penjualan mana-mana sekuriti—
menggunakan apa-apa peranti, skim atau tipu daya untuk memfraud;
melibatkan diri dalam apa-apa perbuatan, amalan atau perjalanan urusan yang beroperasi atau akan beroperasi sebagai penipuan atau perdayaan terhadap mana-mana orang; atau
membuat apa-apa pernyataan yang tidak benar mengenai sesuatu fakta material atau meninggalkan daripada menyatakan suatu fakta material yang perlu bagi menjadikan pernyataan yang dibuat itu, memandangkan kepada hal keadaan yang pernyataan itu dibuat, tidak mengelirukan.