Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007 · Updated to 5 Feb 2024 · Bahagian V · Salah Laku Pasaran dan Perlakuan Dilarang yang Lain
178. Mendorong orang untuk berniaga sekuriti secara fraud
Feedback & supportSeseorang tidak boleh—
dengan membuat atau menyiarkan apa-apa pernyataan, janji atau ramalan yang diketahuinya sebagai mengelirukan, palsu atau memperdaya;
dengan apa-apa penyembunyian fakta material secara curang;
dengan membuat atau menyiarkan secara melulu, sama ada dengan curang atau selainnya, apa-apa pernyataan, janji atau ramalan yang mengelirukan, palsu atau memperdaya; atau
dengan merekodkan atau menyimpan di dalam, atau dengan cara, apa-apa peranti mekanikal, elektronik atau peranti lain, maklumat yang diketahuinya sebagai palsu atau mengelirukan mengenai butir-butir material, mendorong atau cuba untuk mendorong seorang lain berniaga sekuriti.
Dalam suatu pendakwaan bagi suatu kesalahan di bawah perenggan (1)(d), berhubung dengan perekodan atau penyimpanan maklumat, menjadi suatu pembelaan jika defendan membuktikan bahawa semasa maklumat itu direkodkan atau disimpan, dia tidak mempunyai alasan yang munasabah untuk menjangkakan bahawa maklumat itu boleh didapati oleh mana-mana orang.
Pasaran Modal dan Perkhidmatan 301