Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007 · Updated to 5 Feb 2024 · Bahagian V · Salah Laku Pasaran dan Perlakuan Dilarang yang Lain
176. Manipulasi pasaran saham
Feedback & supportTertakluk pada seksyen 180, tiada seorang pun boleh melaksanakan, mengambil bahagian dalam, melibatkan diri dalam, ada kaitan dengan, atau menjalankan, sama ada secara langsung atau tidak langsung, apa-apa bilangan transaksi dalam sekuriti sesuatu perbadanan, yang merupakan transaksi yang mempunyai, atau berkemungkinan mempunyai kesan—
menaikkan;
menurunkan; atau
memancang, menetapkan, mengekalkan atau menstabilkan, harga sekuriti perbadanan itu dalam pasaran saham di Malaysia, bagi maksud yang boleh termasuk maksud mendorong orang lain, sama ada atau tidak orang lain itu terdorong, memperoleh atau melupuskan sekuriti perbadanan itu atau perbadanan yang berhubungan.
Sebutan dalam seksyen ini mengenai suatu transaksi, berhubung dengan sekuriti sesuatu perbadanan, termasuklah—
sebutan mengenai pembuatan suatu tawaran untuk menjual atau membeli apa-apa sekuriti perbadanan itu; dan
sebutan mengenai pembuatan suatu pelawaan, walau bagaimanapun dinyatakan, yang dengan nyata atau secara tersirat mempelawa seseorang untuk menawarkan bagi penjualan atau pembelian sekuriti perbadanan itu.
Pernyataan yang palsu atau mengelirukan, dsb.