Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007 · Updated to 5 Feb 2024 · Bahagian V · Salah Laku Pasaran dan Perlakuan Dilarang yang Lain
210. Section 210
Feedback & supportSeseorang yang mengalami kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh, atau kerana bergantung pada, perlakuan orang lain yang telah melanggar seksyen 202, 203, 204, 205, 206, 207 atau 208, boleh mendapatkan amaun kehilangan atau kerugian itu dengan memulakan prosiding sivil terhadap orang lain itu, sama ada atau tidak orang lain itu telah dipertuduh atas suatu kesalahan berkenaan dengan pelanggaran itu, atau sama ada atau tidak suatu pelanggaran telah dibuktikan dalam suatu pendakwaan.
Seksyen ini tidak menyentuh apa-apa tanggungan di bawah mana-mana undang-undang bertulis lain berkenaan dengan perlakuan yang menjadi pelanggaran itu.
326 Undang-Undang Malaysia AKTA 671