Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007 · Updated to 5 Feb 2024 · Bahagian VI · Terbitan Sekuriti dan Pengambilalihan dan Percantuman
246. Tanggungan jenayah bagi pernyataan palsu, dsb., dalam prospektus
Feedback & supportTiada seorang pun boleh membenarkan atau menyebabkan penerbitan prospektus yang mengandungi—
apa-apa pernyataan atau maklumat yang palsu atau mengelirukan; atau
apa-apa pernyataan atau maklumat yang dalamnya terdapat suatu peninggalan yang material.
Bagi maksud Penggal ini, suatu pernyataan hendaklah disifatkan sebagai terdapat dalam sesuatu prospektus jika pernyataan itu—
terkandung dalam suatu laporan atau memorandum yang terdapat pada muka depan prospektus itu; atau
terkandung dalam suatu laporan atau memorandum yang diterbitkan bersama dengan prospektus itu dengan persetujuan atau pengetahuan seseorang yang membenarkan atau menyebabkan penerbitan prospektus itu.
Seseorang yang melanggar subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi tiga juta ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi sepuluh tahun atau kedua-duanya.
398 Undang-Undang Malaysia AKTA 671