Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007 · Updated to 5 Feb 2024 · Bahagian VI · Terbitan Sekuriti dan Pengambilalihan dan Percantuman
248. Section 248
Feedback & supportSeseorang yang memperoleh, melanggan atau membeli sekuriti dan mengalami kehilangan atau kerugian akibat daripada apa-apa pernyataan atau maklumat yang terkandung dalam mana-mana dokumen penzahiran atau prospektus yang palsu atau mengelirukan, atau yang dalamnya terdapat peninggalan yang material, boleh mendapatkan amaun kehilangan atau kerugian daripada semua atau mana-mana orang yang dinyatakan dalam perenggan yang berikut:
penerbit dan setiap pengarah seorang penerbit itu pada masa pengeluaran dokumen penzahiran atau prospektus itu;
seseorang yang bersetuju atau menyebabkan dirinya dinamakan dan telah dinamakan dalam apa-apa dokumen
*CATATAN—Akta Syarikat 1965 [Akta 125] telah dimansuhkan oleh Akta Syarikat 2016 [Akta 777]
berkuat kuasa mulai 31 Januari 2017–lihat subseksyen 620(1) Akta 777.
Pasaran Modal dan Perkhidmatan 399
penzahiran atau prospektus itu diberikan kepada seorang pelabur sebagai seorang pengarah atau sebagai bersetuju menjadi seorang pengarah, sama ada dengan serta-merta atau selepas suatu lat masa;
seseorang penganjur, bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang berbangkit daripada dokumen penzahiran atau prospektus atau mana-mana bahagian yang berkaitan dokumen penzahiran atau prospektus itu yang dia merupakan suatu pihak dalam penyediaannya;
seseorang selain penerbit, yang bertanggungjawab bagi menyediakan dokumen penzahiran atau prospektus itu, atau bertanggungjawab untuk menjalankan usaha yang wajar bagi maklumat atau pernyataan yang terkandung dalam dokumen penzahiran atau prospektus itu, dengan apa jua nama dipanggil dan termasuklah penasihat utama atau pengatur utama;
seseorang yang dinamakan dalam dokumen penzahiran atau prospektus itu dengan persetujuannya, sebagai yang membuat pernyataan, yang telah dimasukkan dalam dokumen penzahiran atau prospektus itu atau yang padanya suatu pernyataan dibuat dalam dokumen penzahiran atau prospektus itu diasaskan, bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh kemasukan pernyataan itu ke dalam dokumen penzahiran atau prospektus itu;
seseorang yang dinamakan dalam dokumen penzahiran atau prospektus itu dengan persetujuannya sebagai pembroker stok, pembroker syer, penaja jamin, juruaudit, jurubank atau peguam bela bagi penerbit itu berhubungan dengan terbitan, tawaran bagi langganan atau pembelian, atau pelawaan untuk melanggan atau membeli, sekuriti dan yang telah membuat suatu pernyataan yang dimasukkan dalam dokumen penzahiran atau prospektus itu atau yang padanya suatu pernyataan yang dibuat dalam dokumen penzahiran atau prospektus itu diasaskan, bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh kemasukan
400 Undang-Undang Malaysia AKTA 671
pernyataan itu ke dalam dokumen penzahiran atau prospektus itu; atau
seseorang yang membenarkan atau menyebabkan penerbitan apa-apa dokumen penzahiran atau prospektus yang melanggar seksyen 246, bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh pelanggaran itu.
Bagi maksud perenggan (1)(a) dan (b), seseorang pengarah yang disebut dalam perenggan itu hendaklah termasuk mana-mana orang yang membuat suatu terbitan, tawaran bagi langganan atau pembelian, atau pelawaan untuk melanggan atau membeli, sekuriti.
Bagi maksud perenggan (1)(f), seseorang penaja jamin tidak termasuk seorang penaja jamin kecil.
Bagi maksud perenggan (1)(d), jika seseorang yang bertanggungjawab bagi menyediakan dokumen penzahiran atau prospektus itu, atau bagi menjalankan usaha yang wajar bagi maklumat atau pernyataan yang terkandung dalam dokumen penzahiran atau prospektus itu adalah seorang individu yang bertindak bagi pihak prinsipalnya, kehilangan atau kerugian itu hanya boleh didapatkan daripada prinsipal itu.