Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007 · Updated to 5 Feb 2024 · Bahagian VI · Terbitan Sekuriti dan Pengambilalihan dan Percantuman
245. Perintah pemberhentian
Feedback & supportJika pada pendapat Suruhanjaya—
suatu prospektus tidak mematuhi atau tidak disediakan mengikut apa-apa peruntukan Akta ini;
suatu prospektus mengandungi suatu pernyataan atau maklumat yang palsu atau mengelirukan;
suatu prospektus mengandungi suatu pernyataan atau maklumat yang daripadanya terdapat peninggalan yang material; atau
Pasaran Modal dan Perkhidmatan 395
seseorang penerbit telah melanggar mana-mana peruntukan undang-undang sekuriti atau *Akta Syarikat 1965,
Suruhanjaya boleh, melalui perintah secara bertulis yang disampaikan kepada penerbit atau mana-mana orang lain sebagaimana yang ditentukan oleh Suruhanjaya, mengarahkan penerbit atau mana-mana orang lain itu supaya tidak menguntukkan, menerbitkan, menawarkan, membuat pelawaan untuk melanggan atau membeli atau menjual, sekuriti selanjutnya yang dimaksudkan oleh prospektus itu, mengikut kehendak keadaan.
Tertakluk pada subseksyen (3) dan (4), Suruhanjaya tidak boleh membuat suatu perintah di bawah subseksyen (1) melainkan jika
Suruhanjaya telah memberi peluang yang munasabah kepada mana-mana orang yang tersentuh untuk didengar tentang sama ada perintah itu patut dibuat.
Jika Suruhanjaya berpendapat bahawa apa-apa kelewatan dalam membuat suatu perintah di bawah subseksyen (1) dengan memberi suatu peluang untuk didengar akan memudaratkan kepentingan awam, Suruhanjaya boleh membuat suatu perintah interim tanpa memberi peluang untuk didengar.
Suatu perintah interim di bawah subseksyen (3) hendaklah, melainkan jika dibatalkan terlebih dahulu, mempunyai kesan sehingga berakhir dua puluh satu hari selepas hari perintah itu dibuat atau penyelesaian pendengaran dalam subseksyen (2), mengikut mana-mana tarikh yang terkemudian.
Semasa suatu perintah yang dibuat di bawah subseksyen (1)
atau suatu perintah interim yang dibuat di bawah subseksyen (3)
sedang berkuat kuasa, Penggal ini hendaklah terpakai seolah-olah prospektus itu belum didaftarkan.
*CATATAN—Akta Syarikat 1965 [Akta 125] telah dimansuhkan oleh Akta Syarikat 2016 [Akta 777]
berkuat kuasa mulai 31 Januari 2017–lihat subseksyen 620(1) Akta 777.
396 Undang-Undang Malaysia AKTA 671
Suatu perintah interim yang dibuat di bawah subseksyen (3)
boleh, dengan suatu perintah secara bertulis selanjutnya yang dibuat oleh Suruhanjaya, dibatalkan jika Suruhanjaya berpuas hati bahawa hal keadaan yang menyebabkan perintah itu dibuat tidak lagi wujud.
Tanpa menjejaskan peruntukan seksyen 215A, jika permohonan untuk melanggan atau membeli sekuriti yang dimaksudkan oleh prospektus itu telah dibuat sebelum suatu perintah di bawah subseksyen (1) dibuat—
jika sekuriti belum diterbitkan kepada pemohon, permohonan itu hendaklah disifatkan telah ditarik balik dan dibatalkan dan penerbit atau mana-mana orang lain yang menerima wang, hendaklah, dengan segera membayar balik tanpa bunga semua wang yang diterima daripada pemohon itu dan jika mana-mana wang itu tidak dibayar balik dalam masa empat belas hari dari perintah pemberhentian, penerbit adalah bertanggungan untuk membayar balik wang itu dengan bunga pada kadar sepuluh peratus setahun atau pada apa-apa kadar lain sebagaimana yang ditentukan oleh
Suruhanjaya dari habis tempoh itu; atau
jika sekuriti telah diterbitkan kepada pemohon, terbitan sekuriti itu hendaklah disifatkan sebagai batal dan penerbit atau mana-mana orang lain itu hendaklah—
dengan segera membayar balik tanpa bunga semua wang yang diterima daripada pemohon itu dan jika wang itu tidak dibayar balik dalam masa empat belas hari dari tarikh penyampaian perintah pemberhentian, penerbit hendaklah bertanggungan untuk membayar balik wang itu dengan bunga pada kadar sepuluh peratus setahun atau pada apa-apa kadar lain sebagaimana yang ditentukan oleh
Suruhanjaya dari habis tempoh itu; dan
mengambil langkah yang perlu untuk memberi kesan kepada perintah itu.
Pasaran Modal dan Perkhidmatan 397
Walau apa pun subseksyen (1) dan (2), Suruhanjaya tidak boleh menyampaikan suatu perintah pemberhentian jika mana-mana saham atau debentur atau unit syer atau debentur yang dimaksudkan oleh prospektus itu telah disenaraikan di pasaran saham suatu bursa saham dan perdagangan untuknya telah bermula.
Seseorang yang melanggar suatu perintah yang dibuat di bawah subseksyen (1) atau suatu perintah interim yang dibuat di bawah subseksyen (3) melakukan suatu kesalahan.