Skip to content
In forceUpdated to 5 Feb 2024
Contents

Bahagian VI · Terbitan Sekuriti dan Pengambilalihan dan Percantuman

251. Seseorang tidak melakukan kesalahan di bawah seksyen 246

Feedback & support

dan tidak bertanggungan di bawah seksyen 248 sekiranya orang itu

(selepas ini disebut sebagai “orang yang pertama disebut”)

membuktikan bahawa pernyataan palsu atau mengelirukan atau peninggalan yang material dalam suatu pernyataan dalam suatu prospektus—

(a)

adalah atau berasaskan kepada suatu pernyataan yang dibuat oleh orang yang disebut dalam subseksyen 244(1) (selepas ini disebut sebagai “orang yang kedua disebut”); atau

(b)

terkandung dalam suatu salinan atau yang berupa sebagai suatu salinan, atau cabutan daripada, suatu laporan atau penilaian orang yang kedua disebut, dan dibuktikan oleh orang yang pertama disebut bahawa—

(A)

pernyataan itu menggambarkan dengan tepat pernyataan yang dibuat oleh orang yang kedua disebut, atau salinan atau yang berupa sebagai salinan atau cabutan itu merupakan salinan yang betul, atau cabutan daripada, laporan atau penilaian itu, mengikut mana-mana yang berkenaan; dan

(B)

selepas membuat apa-apa siasatan yang munasabah dalam hal keadaan itu, orang yang pertama disebut mempunyai alasan yang munasabah untuk mempercayai, dan telah mempercayai sehingga masa penguntukan, penerbitan, penawaran bagi langganan atau pembelian, atau pelawaan untuk melanggan atau membeli, sekuriti itu, bahawa orang yang kedua disebut, dalam membuat pernyataan, laporan atau penilaian itu, mengikut mana-mana yang berkenaan—

(i)

berwibawa untuk membuatnya;

(ii)

telah memberikan persetujuan yang dikehendaki oleh subseksyen 244(1); dan

(iii)

telah tidak menarik balik persetujuan tersebut.

Pasaran Modal dan Perkhidmatan 403

Pergantungan kepada pernyataan dan maklumat berkenaan dengan tindakan yang mengelirukan atau memperdayakan

Report

Penggal 6

Bahagian VI

Bahagian VI Akta ini hendaklah ditafsirkan sebagai sebutan mengenai

Bahagian VII

Peruntukan yang Terpakai bagi Perbadanan Tersenarai

Bahagian VIII

Organisasi Pengawalseliaan Sendiri

Bahagian IX

Dana Pembangunan Pasaran Modal

Bahagian X

Penzahiran Maklumat

Bahagian XI

Tindakan Pentadbiran dan Sivil

Bahagian XII

Bahagian XIII

Peruntukan Pemansuhan, Kecualian dan Peralihan

Schedules