Skip to content
In forceUpdated to 5 Feb 2024
Contents

Bahagian VI · Terbitan Sekuriti dan Pengambilalihan dan Percantuman

249. Tanggungan sivil bagi tindakan yang mengelirukan atau memperdayakan

Feedback & support
(1)

Seseorang tidak boleh bertindak dengan cara yang mengelirukan atau memperdayakan atau yang berkemungkinan mengelirukan atau memperdayakan berkaitan dengan—

(a)

apa-apa prospektus yang dikeluarkan;

(b)

penguntukan, penerbitan, penawaran bagi langganan atau pembelian, atau pelawaan untuk melanggan atau membeli, sekuriti;

(c)

apa-apa notis yang disebut dalam subseksyen 241(4) atau (5)

atau suatu prospektus permulaan yang disebut dalam

Pasaran Modal dan Perkhidmatan 401

subseksyen 241(6), atau apa-apa laporan yang disebut dalam subseksyen 241(7) atau apa-apa notis atau laporan sebagaimana yang ditentukan oleh Suruhanjaya di bawah perenggan 241(3)(d); atau

(d)

penjalanan perundingan, pembuatan apa-apa perkiraan atau perlakuan apa-apa tindakan lain sebagai persediaan bagi atau dengan apa-apa cara lain berhubung dengan apa-apa perkara yang disebut dalam perenggan (a), (b) atau (c).

(2)

Seseorang yang melanggar seksyen ini tidak melakukan suatu kesalahan tetapi seseorang yang memperoleh, melanggan atau membeli sekuriti dan mengalami kehilangan atau kerugian akibat daripada apa-apa tindakan yang disebut dalam perenggan (1)(a), (b), (c)

atau (d) boleh mendapatkan amaun kehilangan atau kerugian itu di bawah seksyen 357.

Report

Penggal 6

Bahagian VI

Bahagian VI Akta ini hendaklah ditafsirkan sebagai sebutan mengenai

Bahagian VII

Peruntukan yang Terpakai bagi Perbadanan Tersenarai

Bahagian VIII

Organisasi Pengawalseliaan Sendiri

Bahagian IX

Dana Pembangunan Pasaran Modal

Bahagian X

Penzahiran Maklumat

Bahagian XI

Tindakan Pentadbiran dan Sivil

Bahagian XII

Bahagian XIII

Peruntukan Pemansuhan, Kecualian dan Peralihan

Schedules