Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007 · Updated to 5 Feb 2024 · Bahagian 1 Jadual 4, orang berdaftar itu hendaklah mematuhi apa-apa garis panduan yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya di bawah seksyen 377 berkenaan dengan penjal
77. Daftar pemegang lesen
Feedback & supportSuruhanjaya hendaklah menyimpan mengikut apa-apa bentuk sebagaimana yang difikirkannya patut suatu daftar pemegang lesen semasa, yang menyatakan—
berhubung dengan setiap pemegang Lesen Perkhidmatan
Pasaran Modal—
namanya;
jika pemegang itu suatu perbadanan, nama pengarah dan setiausaha perbadanan itu;
alamat tempat urusan utama dan mana-mana cawangan di mana ia menjalankan urusan itu; dan
jika urusan itu dijalankan di bawah suatu nama atau gelaran selain nama pemegang lesen itu, nama atau gelaran yang urusan itu dijalankan; dan
berhubung dengan pemegang Lesen Wakil Perkhidmatan
Pasaran Modal—
namanya;
nama pemegang Lesen Perkhidmatan Pasaran Modal yang berhubungan dengannya
Lesen
Wakil
Perkhidmatan Pasaran Modal dikeluarkan; dan
Pasaran Modal dan Perkhidmatan 159
jika urusan pemegang Lesen Perkhidmatan Pasaran
Modal dijalankan di bawah suatu nama atau gelaran selain nama pemegang Lesen Perkhidmatan Pasaran
Modal, nama atau gelaran yang urusan itu dijalankan; dan
apa-apa maklumat lain sebagaimana yang difikirkan berkaitan oleh Suruhanjaya.
Suruhanjaya hendaklah mengeluarkan daripada daftar tiap-tiap kemasukan yang berhubung dengan mana-mana orang yang terhenti dilesenkan di bawah Penggal ini.
Seseorang boleh, apabila dibayar fi yang ditetapkan, memeriksa dan mengambil cabutan daripada daftar yang disimpan di bawah subseksyen (1).