Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007 · Updated to 5 Feb 2024 · Bahagian 1 Jadual 4, orang berdaftar itu hendaklah mematuhi apa-apa garis panduan yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya di bawah seksyen 377 berkenaan dengan penjal
80. Rayuan
Feedback & supportMana-mana orang yang terkilan dengan keputusan
Suruhanjaya di bawah Penggal ini kecuali bagi pembatalan suatu
Lesen Perkhidmatan Pasaran Modal untuk berniaga dalam sekuriti atau berniaga dalam derivatif, boleh dalam masa empat belas hari selepas orang itu telah diberitahu mengenai keputusan itu, merayu secara bertulis kepada Suruhanjaya untuk mengkaji semula keputusannya.
Pasaran Modal dan Perkhidmatan 161
Pemegang Lesen Perkhidmatan Pasaran Modal untuk berniaga dalam sekuriti atau berniaga dalam derivatif yang lesennya dibatalkan oleh Suruhanjaya boleh dalam masa empat belas hari selepas orang itu telah diberitahu mengenai keputusan itu, merayu kepada Menteri dan keputusan Menteri adalah muktamad.
Apabila suatu rayuan dibuat kepada Suruhanjaya atau kepada
Menteri di bawah seksyen ini, keputusan Suruhanjaya itu tidak boleh berkuat kuasa sehingga rayuan itu diselesaikan.
Walau apa pun yang terkandung dalam subseksyen (3), dalam pemberitahuan di bawah subseksyen (1), Suruhanjaya boleh menyatakan bahawa keputusan Suruhanjaya hendaklah berkuat kuasa serta-merta pada tarikh pemberitahuan itu dikeluarkan atau pada mana-mana tarikh lain yang ditentukan oleh Suruhanjaya, jika
Suruhanjaya berpendapat bahawa ia perlu untuk kepentingan pelabur atau kepentingan awam.