Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007 · Updated to 5 Feb 2024 · Bahagian 1 Jadual 4, orang berdaftar itu hendaklah mematuhi apa-apa garis panduan yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya di bawah seksyen 377 berkenaan dengan penjal
81. Penyerahan lesen
Feedback & supportTertakluk pada subseksyen (2), orang berlesen boleh menyerahkan lesen itu dengan menghantarkannya kepada Suruhanjaya berserta suatu notis bertulis mengenai penyerahannya.
Penyerahan suatu lesen tidak boleh berkuat kuasa sehingga
Suruhanjaya berpuas hati bahawa perkiraan yang mencukupi telah dibuat bagi memenuhi segala tanggungan dan obligasi orang berlesen yang belum selesai pada masa notis penyerahan itu diberikan oleh orang berlesen itu.
Penyerahan suatu lesen yang dibuat di bawah subseksyen (1)
tidak boleh beroperasi untuk—
mengelakkan atau menyentuh apa-apa perjanjian, transaksi atau perkiraan yang berhubungan dengan aktiviti terkawal yang dibuat oleh orang itu, sama ada perjanjian, transaksi atau perkiraan itu dibuat sebelum atau selepas penyerahan lesen itu; atau 162 Undang-Undang Malaysia AKTA 671
menyentuh apa-apa hak, obligasi atau tanggungan yang berbangkit di bawah mana-mana perjanjian, transaksi atau perkiraan itu.
Suruhanjaya hendaklah menyebabkan disiarkan dengan secepat yang dapat dilaksanakan suatu notis tentang tiap-tiap penyerahan suatu lesen di bawah subseksyen (1), tetapi apa-apa kelengahan dalam menyiarkan notis itu atau kegagalan untuk menyiarkannya tidaklah menyentuh kesahan penyerahan itu.
Rekod