Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007 · Updated to 5 Feb 2024 · Bahagian 1 Jadual 4, orang berdaftar itu hendaklah mematuhi apa-apa garis panduan yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya di bawah seksyen 377 berkenaan dengan penjal
84. Notis mengenai butir-butir kepada Suruhanjaya
Feedback & supportMana-mana orang yang disebut dalam subseksyen 82(1)
hendaklah memberikan notis kepada Suruhanjaya mengikut apa-apa bentuk yang ditentukan mengandungi apa-apa maklumat sebagaimana yang ditentukan termasuk tempat di mana dia akan menyimpan daftar mengenai kepentingannya dalam sekuriti.
Notis itu hendaklah diberikan—
dalam hal orang yang dikehendaki oleh Akta ini memegang suatu lesen, sebagai sebahagian daripada permohonannya untuk mendapatkan lesen itu; atau
dalam hal mana-mana orang lain, jika orang itu menjadi orang yang disebut dalam subseksyen 82(1), dalam masa empat belas hari dari tarikh dia menjadi orang itu.
Notis itu hendaklah diberikan sedemikian walaupun orang itu telah terhenti daripada menjadi orang yang disebut dalam subseksyen 82(1), sebelum habis tempoh yang disebut dalam subseksyen (2).
Pasaran Modal dan Perkhidmatan 165
Seseorang yang terhenti daripada menjadi orang yang disebut dalam subseksyen 82(1) hendaklah memberikan notis kepada
Suruhanjaya mengenai pemberhentiannya itu dalam bentuk yang ditentukan dalam masa empat belas hari selepas dia terhenti.
Seseorang yang tidak memberikan notis sebagaimana dikehendaki oleh seksyen ini melakukan suatu kesalahan.