Skip to content
In forceUpdated to 2 Jan 2025Read it in English
Contents

Bahagian XIII · Campur Tangan dan Tindakan Remedi

165. Section 165

Feedback & support

Jika pada pendapat Bank bahawa mana-mana hal keadaan yang berikut wujud berkenaan dengan institusi:

(a)

institusi itu telah mungkir atau melanggar mana-mana peruntukan Akta ini, Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013, Akta Bank Negara Malaysia 2009 atau mana-mana undang-undang bertulis, tidak kira tiada pendakwaan atau tindakan lain berkenaan dengan kemungkiran atau pelanggaran itu;

(b)

institusi itu telah gagal mematuhi apa-apa arahan di bawah seksyen 156;

Perkhidmatan Kewangan 177

(c)

aset institusi itu tidak mencukupi bagi memberikan perlindungan yang memadai kepada pendepositnya, pemunya polisinya, pesertanya, penggunanya atau pemiutangnya, mengikut mana-mana yang berkenaan;

(d)

modal institusi itu telah mencapai suatu tahap atau merosot dengan cara yang boleh memberi kesan yang memudaratkan pendepositnya, pemunya polisinya, pesertanya, penggunanya atau pemiutangnya atau orang awam secara am;

(e)

institusi itu telah menjadi atau berkemungkinan untuk menjadi tidak solven atau berkemungkinan untuk menjadi tidak berupaya untuk memenuhi semua atau mana-mana obligasinya; atau

(f)

apa-apa hal ehwal keadaan lain yang wujud berkenaan dengan institusi itu yang boleh menjejaskan secara material kepentingan pendeposit, pemunya polisi, peserta, pengguna atau pemiutang institusi itu, termasuk jika prosiding di bawah suatu undang-undang yang berhubungan dengan kebankrapan atau ketidaksolvenan telah dimulakan di Malaysia atau tempat lain berkenaan dengan syarikat pemegangan kewangan institusi itu termasuklah syarikat pemegangan kewangannya,

Bank boleh melaksanakan kuasanya di bawah Penggal ini atau

Report

Bahagian XIV

Kuasa Bank yang Lain

Bahagian XV

Penguatkuasaan dan Penalti

Bahagian XVI

Peruntukan Am

Bahagian XVII

Pemansuhan, Kecualian dan Peralihan

Bahagian

Bahagian 1 Jadual 1 atau sistem pembayaran yang dinyatakan dalam

Bahagian

Bahagian 2 Jadual 1.

Schedules