Akta Perkhidmatan Kewangan 2013 · Updated to 2 Jan 2025 · Bahagian XIII · Campur Tangan dan Tindakan Remedi
168. Kesan pengambilalihan kawalan
Feedback & supportApabila mengambil alih kawalan atas keseluruhan atau sebahagian perniagaan, hal ehwal atau harta institusi itu, Bank atau orang yang dilantik hendaklah mengambil jagaan dan kawalan atas semua atau sebahagian perniagaan, hal ehwal atau harta institusi itu dan hendaklah menguruskan keseluruhan atau mana-mana bahagian
Perkhidmatan Kewangan 179
perniagaan dan hal ehwal insitusi itu atas nama dan bagi pihak institusi itu sehingga perintah itu dibatalkan oleh Bank secara bertulis.
Semasa tempoh suatu perintah di bawah Subpenggal ini berkuat kuasa, fungsi, hak dan keistimewaan—
pengarah dan ketua pegawai eksekutif institusi itu hendaklah tergantung melainkan jika Bank memberikan kelulusannya secara bertulis kepada mana-mana pengarah supaya kekal sebagai pengarah atau ketua pegawai eksekutif untuk terus dalam pekerjaan dengan institusi itu atas terma dan syarat sebagaimana yang diputuskan oleh Bank; dan
mana-mana pegawai kanan institusi itu sebagaimana yang ditentukan oleh Bank, hendaklah digantung.
Bank atau orang yang dilantik hendaklah diletak hak dengan apa-apa kuasa dan fungsi institusi itu dan lembaga pengarahnya, di bawah dokumen konstituennya atau yang boleh dilaksanakan oleh institusi itu atau pengarahnya di bawah mana-mana undang-undang bertulis tidak kira sama ada kuasa boleh dilaksanakan melalui ketetapan atau dalam apa-apa jua cara lain.
Bank atau orang yang dilantik, dalam memberi kesan atas apa-apa tindakan di bawah Subpenggal ini, tidak dikehendaki untuk memberitahu atau mendapatkan kelulusan anggota atau pemiutang institusi itu dalam suatu mesyuarat agong atau sebaliknya walau apa pun mana-mana kontrak atau undang-undang termasuklah tanpa mengehadkan seksyen 132C, 132D atau 132E *Akta Syarikat 1965 atau apa-apa jua dalam dokumen konstituennya.
Bank atau orang yang dilantik boleh mengubah dokumen konstituen institusi itu atau perkiraan lain bagi tadbir urus jika pengubahan itu perlu untuk memudahkan penjalanan kuasa atau pelaksanaan fungsi Bank atau orang yang dilantik di bawah
Subpenggal ini, berhubung dengan institusi itu.
*CATATAN—Akta Syarikat 1965 [Akta 125] telah dimansuhkan oleh Akta Syarikat 2016 [Akta 777]
yang mula berkuat kuasa pada 31 Januari 2017—lihat subseksyen 620 (1) Akta 777.
180 Undang-Undang Malaysia AKTA 758
Bank atau orang yang dilantik boleh menjual atau selainnya melupuskan keseluruhan atau sebahagian perniagaan atau harta institusi itu, atas apa-apa terma dan syarat yang diputuskan oleh
Bank.
Seksyen 99, 100 dan 102 tidak terpakai bagi apa-apa penjualan atau pelupusan keseluruhan atau sebahagian perniagaan atau harta di bawah subseksyen (6).