Skip to content
In forceUpdated to 2 Jan 2025Read it in English
Contents

Bahagian XIII · Campur Tangan dan Tindakan Remedi

167. Kuasa untuk mengambil alih kawalan

Feedback & support
(1)

Tertakluk pada seksyen 262, jika apa-apa hal keadaan yang dinyatakan dalam seksyen 165 wujud berkenaan dengan institusi,

Bank boleh, dengan kelulusan terdahulu Menteri, melalui suatu perintah secara bertulis, mengambil alih kawalan keseluruhan atau sebahagian perniagaan, hal ehwal atau harta institusi itu dan menguruskan keseluruhan atau mana-mana bahagian perniagaannya dan hal ehwalnya, atau melantik mana-mana orang untuk berbuat sedemikian bagi pihak Bank.

(2)

Terma dan syarat orang yang dilantik hendaklah diputuskan oleh Bank.

(3)

Jika suatu perintah telah dibuat di bawah subseksyen (1) atau dibatalkan di bawah subseksyen 168(1), Bank hendaklah—

(a)

memberitahu hakikat itu dalam Warta; dan

(b)

memberi notis permulaan pengambilalihan kawalan di bawah subseksyen (1), atau pembatalan perintah secara bertulis di bawah subseksyen 168(1), seberapa yang praktik melalui penyiaran dalam sekurang-kurangnya dua surat khabar harian di Malaysia, salah satu daripada surat khabar itu dalam bahasa kebangsaan.

(4)

Semua kos dan perbelanjaan Bank, termasuk saraan orang yang dilantik, hendaklah dibayar daripada dana dan harta institusi itu, sebagai suatu caj pertama atas dana dan harta institusi itu.

Report

Bahagian XIV

Kuasa Bank yang Lain

Bahagian XV

Penguatkuasaan dan Penalti

Bahagian XVI

Peruntukan Am

Bahagian XVII

Pemansuhan, Kecualian dan Peralihan

Bahagian

Bahagian 1 Jadual 1 atau sistem pembayaran yang dinyatakan dalam

Bahagian

Bahagian 2 Jadual 1.

Schedules